Siapa Kami

Siapa dan apakah itu Southern Troop Ultras (STU)

Southern Troop Ultras (STU) merupakan kumpulan ultras Johor di bawah panji Ultras Malaya.

Tertubuh secara rasmi pada 6 Mac 2010 untuk memberi sokongan padu secara tersusun kepada setiap pasukan bola sepak di negeri Johor iaitu JohorFA, JohorFC, MP Muar dan lain-lain.

Ultras secara ringkasnya merupakan ideologi menyokong sesebuah pasukan secara tersusun dan sentiasa bersorak selama perlawanan berlangsung tanpa mengira situasi, ketika menang apatah lagi di ambang kekalahan.

Harus difahami ia bukan sebuah fan club walaupun matlamatnya adalah sama,dan bukanlah jua pasukan sorak seperti cheerleading pasukan sekolah. Bezanya kami dengan fan club adalah tiada yuran keahlian, hanya memerlukan komitmen untuk hadir dan bersorak sepanjang perlawanan berlangsung.


Di Laken Curva (nama panggilan habitat STU di Stadium Larkin) mahupun Sarang Lebah (nama panggilan habitat STU di Stadium JCorp), di sinilah kami sentiasa berada! Untuk pertama kali ke stadium, hanya perlu mencari banner ULTRAS JOHOR sebagai penanda di mana kami berada.