Saturday, July 9, 2011

Sambutan Ulang Tahun Pertama STU

Sambutan bersama pemain JOHOR FA, pentadbiran dan Kelab Penyokong JOHOR FA

Malam gemilang yang juga disambut gemilang, pertamanya Ulang Tahun STU yang disambut pada malam perlawanan terakhir JOHOR FA menentang Pulau Pinang pada 1 Julai lepas dan juga gemilangnya malam itu kerana JOHOR FA berjaya menempatkan diri ke PIALA MALAYSIA sebagai 4 pasukan terbaik Liga Perdana 2011.

Tahniah buat pemain JOHOR FA dan selamat ulangtahun pertama STU.
Terima kasih buat semua troopers yang hadir. Inilah momentos pada malam itu.
One word, PRICELESS!!!!

Nampak lazat? Kek yang ditempah dari salah seorang Troopers STU, Mohd Aizad

1 lagi shot kek ulangtahun STU

Ketua pasukan Johor FA, Norizam Salaman aka Tomok (berbaju hijau) diberi penghormatan semasa upcara memotong kek bersama salah seorang orang kuat STU, Mohd Faizal. Kelihatan troopers STU iaitu Mohd Amirul aka Bob mengambil kesempatan dengan meletakkan tangan di bahu Tomok. lol!

Bob: Sudah-sudahla tangan ko tu! Lol

Turut hadir adalah orang kuat Kelab Penyokong Johor FA, Ghazali.

Ibarat baru sahaja sampai di Puncak Kilimanjaro. Begitulah perasaan kami selepas perlawanan terakhir Johor FA dengan layaknya ke PIALA MALAYSIA








Orang-orang kuat STU, Fazrien Ayien (kiri) bersama Mohd Aizad



Orang-orang kuat STU pose sambil menunggu makanan sampai,atau mungkin makanan dah selamat dalam perut. Good job guys!



2 comments: