Sunday, July 3, 2011

RESULT of MATCHDAY PL - 1 JULY 2011 JOHOR FA vs Penang


JOHOR FA 4 -0 Penang
Stadium Larkin

Liga Perdana akhirnya melabuhkan tirai dan kempen Johor FA sungguhpun gagal untuk melayakkan ke Liga Super (ala,yang konon-konon layak 2 pasukan teratas Liga Perdana tu pun belum tentu layak,semuanya tertakluk pada kempen anak emas tuan punya FAM di Liga Super,you know who).

Sungguh pun begitu,perlawanan ini amat penting bagi melayakkan pasukan ke Piala Malaysia sebagai 4 pasukan teratas.

Johor memerlukan kemenangan besar sambil mengharapkan keputusan dari 2 pasukan yang mempunyai mata yang lebih kurang sama iaitu Sime Darby dan Polis berkesudahan samada seri atau memihak kepada Polis.Syukur, Polis berjaya menewaskan Sime Darby dengan jaringan 1-0.

Buat semua penyokong yang tidak pernah henti percaya,terima kasih dari Southern Troops Ultras. Semoga ini berterusan dan semoga kita sama-sama dapat menghidupkan kembali gema Larkin. Ini tidak akan menjadi nyata jika kita hanya datang ke stadium ibarat masuk ke panggung wayang gambar atau lebih dikenali sinema kerana sorakan anda selama 90 minit sahajalah dapat mengembalikan gemaan sorakan itu.

Inilah kedudukan terakhir selepas mengharungi keseluruhan perlawanan Liga Perdana 2011. Buat pasukan,teruskan semangat juang dan fokus anda kepada Piala Malaysia agar dapat melakukan yang lebih baik pada edisi kali ini.


Buat yang masih tidak tahu, pada perlawanan ini jugalah,STU telah meraikan ulangtahun pertama kami bersama para pemain dan beberapa orang dari Kelab Penyokong Johor FA.

No comments:

Post a Comment