Sunday, July 3, 2011

1st Round World Cup 2014 Qualifier - Malaysia 2-3 Taiwan

Malaysia 2-3 Taiwan
(agg 4-4, Malaysia mara ke pusingan kedua dengan peraturan gol di tempat lawan)

Ini bukanlah pengakhiran pada segalanya,walaupun kita kalah kepada pasukan bertaraf amatur Taiwan.

Kepada semua rakyat Malaysia terutamanya Glory Hunters, aku pasti akan ada suara-suara sumbang,keraguan mula terpancar kepada skuad yang sama pernah memenangi AFF Suzuki Cup seterusnya memegang title sebagai Juara Asia Tenggara. Title itu tidak bermaksud kita harus menang sentiasa, ada ketika pasti akan ada surut atau kalahnya.

Mujurlah,kekalahan ini tidak mengakibatkan collateral damage yang teruk, malah ini dapat memberikan pengajaran yang amat berguna buat anak didik Dato K.Rajagobal.

Kepincangan dan disiplin di bahagian benteng negara amat terserlah dengan bentesan yang tidak perlu dilakukan terutamanya di kotak penalti malah tidak cuba untuk menghalang Taiwan dari melakukan hantaran-hantaran crossing yang acap kali mendedahkan kelemahan benteng negara. Aku juga sangsi dengan kejujuran official perlawanan ini yang diadili oleh pengadil dan penjaga garisan dari Vietnam yang berjaya mengadili perlawanan ini sejujur dan sebaik hati beliau.

Manakan tidak, beliau berjaya menghadiahkan 3 penalti pada satu-satu perlawanan walaupun ya,aku bersetuju sepatutnya pemain Malaysia juga tidak sepatutnya melakukan apa-apa ruang kepada pemain lawan berlakun dengan merebahkan badan mereka seperti yang terjadi untuk penalti kedua oleh Fadli Shas dan penalti terakhir yang sungguh tiada sentuhan langsung dari penjaga benteng negara iaitu Sharbinee Alawi.

Di benak aku, aku mula terfikir supaya Dato K.Rajagobal dapat memanggil pemain Malaysia yang bermain di Australia tidak lain tidak bukan Brendan Gan. Bukan menidakkan kebolehan pemain-pemain lain, namun aku kepingin agar Dato' dapat menurunkan beliau untuk tontonan seluruh Malaysia semasa perlawanan persahabatan(ada ke?atau hanya menentang kelab BPL?). Jika Brendan kompeten, apa tidaknya untuk dia diserap ke skuad kebangsaan.

Untuk kesemua penyokong, jangan berhenti percaya. Jangan disebabkan kekalahan ini,anda akan menjauhkan diri dari datang memberi sokongan semasa Malaysia menentang Singapura Julai nanti.

No comments:

Post a Comment