Saturday, June 25, 2011

Perlawanan Antarabangsa : Pusingan Kedua Kelayakan Olimpik 2012 (Keputusan)


Tahniah Harimau Muda! Kita adalah 12 pasukan terbaik ASIA!!

Malaysia 2 - 1 Lebanon

Cukup terharu dan bannga sebaik wisel penamat ditiup oleh pengadil tempohari, mana tidaknya kerana skuad Harimau Muda kita melangkah ke pusingan ketiga Kelayakan Olimpik sekaligus menempatkan diri sebagai 12 pasukan terbaik ASIA.

Walaupun pada perlawanan pertama di Beirut ianya berkesudahan seri tanpa jaringan, skuad kendalian Ong Kim Swee ini menunjukkan disiplin dan kesungguhan tinggi apabila mendahului seawal minit kelapan dengan jaringan half volley bertaraf dunia dari Irfan Fazail. Kelebihan ini kemudiannya digandakan oleh Wan Zack pada minit 42 melalui hantaran lolos (through-pass) dari anchorman Gary Steven Robbart.

Detik mencemaskan mula timbul apabila bentesan yang tidak perlu dilakukan Gary Steven Robbart menyebabkan pengadil melayangkan kad kuning kedua sekaligus skuad Harimau Muda bermain dengan 10 orang pemain pada hampir keseluruhan babak kedua permainan. Lebanon berjaya menjaringkan 1 gol namun disiplin tinggi pertahanan Malaysia berjaya mempertahankan defisit 2 gol.

Syabas skuad Harimau Muda!


No comments:

Post a Comment