Saturday, June 25, 2011

Next Pitstop: Kelayakan Piala Dunia (29 Jun 2011) - Malaysia vs Taiwan


Kelayakan Piala Dunia (1st Leg)


Malaysia vs Taiwan
29 Jun 2011
Venue: Stadium Bukit Jalil (Hampir pasti)
Masa: 8.45pm

Sang adik telah berjaya menempah sejarah dengan layaknya ke pusingan ketiga Kelayakan Olimpik 2012.

Sudah pasti, skuad abang tidak mahu ketinggalan. Harapan sememangnya tinggi dari segenap pelusuk Malaysia, namun harapan tidak mungkin terjadi tanpa sokongan kuat di stadium.

Bayangkan bermain di stadium yang kosong. Bayangkan pula jika stadium mampu terisi walau 40000 penonton sekalipun namun hanya diam seribu bahasa,umpama tidak ubah bermain di stadium yang kosong.

Ayuh,rakyat Malaysia yang berada di lembah klang terutamanya, untuk datang dan beri sokongan kepada skuad Harimau kita semasa menentang pasukan Taiwan agar mereka dapat mencipta kemenangan selesa sebagai bekalan ketika bertandang ke Taiwan.

Datang ke stadium sahaja tidak cukup,marilah kita jadikan Bukit Jalil sebagai 'neraka' bagi Taiwan dengan sorakan padu kita!

No comments:

Post a Comment