Thursday, June 30, 2011

MATCHDAY PL - 1 JULY 2011 JOHOR FA vs Penang

1 July 2011
JOHOR FA vs Penang
Stadium Larkin
8.45pm

Perlawanan terakhir Liga Perdana, ayuh rakyat Johor
sama-sama berikan sokongan
yang jauh,panjatkan doa
manakala yang dekat, luangkan kesempatan dan wang ringgit hanya rm1o untuk
pasukan Johor dengan sokongan moral dan vokal anda
Perlawanan penting,sangat penting
untuk buruan tempat ke Piala Malaysia

Saturday, June 25, 2011

Next Pitstop: Kelayakan Piala Dunia (29 Jun 2011) - Malaysia vs Taiwan


Kelayakan Piala Dunia (1st Leg)


Malaysia vs Taiwan
29 Jun 2011
Venue: Stadium Bukit Jalil (Hampir pasti)
Masa: 8.45pm

Sang adik telah berjaya menempah sejarah dengan layaknya ke pusingan ketiga Kelayakan Olimpik 2012.

Sudah pasti, skuad abang tidak mahu ketinggalan. Harapan sememangnya tinggi dari segenap pelusuk Malaysia, namun harapan tidak mungkin terjadi tanpa sokongan kuat di stadium.

Bayangkan bermain di stadium yang kosong. Bayangkan pula jika stadium mampu terisi walau 40000 penonton sekalipun namun hanya diam seribu bahasa,umpama tidak ubah bermain di stadium yang kosong.

Ayuh,rakyat Malaysia yang berada di lembah klang terutamanya, untuk datang dan beri sokongan kepada skuad Harimau kita semasa menentang pasukan Taiwan agar mereka dapat mencipta kemenangan selesa sebagai bekalan ketika bertandang ke Taiwan.

Datang ke stadium sahaja tidak cukup,marilah kita jadikan Bukit Jalil sebagai 'neraka' bagi Taiwan dengan sorakan padu kita!

Perlawanan Antarabangsa : Pusingan Kedua Kelayakan Olimpik 2012 (Keputusan)


Tahniah Harimau Muda! Kita adalah 12 pasukan terbaik ASIA!!

Malaysia 2 - 1 Lebanon

Cukup terharu dan bannga sebaik wisel penamat ditiup oleh pengadil tempohari, mana tidaknya kerana skuad Harimau Muda kita melangkah ke pusingan ketiga Kelayakan Olimpik sekaligus menempatkan diri sebagai 12 pasukan terbaik ASIA.

Walaupun pada perlawanan pertama di Beirut ianya berkesudahan seri tanpa jaringan, skuad kendalian Ong Kim Swee ini menunjukkan disiplin dan kesungguhan tinggi apabila mendahului seawal minit kelapan dengan jaringan half volley bertaraf dunia dari Irfan Fazail. Kelebihan ini kemudiannya digandakan oleh Wan Zack pada minit 42 melalui hantaran lolos (through-pass) dari anchorman Gary Steven Robbart.

Detik mencemaskan mula timbul apabila bentesan yang tidak perlu dilakukan Gary Steven Robbart menyebabkan pengadil melayangkan kad kuning kedua sekaligus skuad Harimau Muda bermain dengan 10 orang pemain pada hampir keseluruhan babak kedua permainan. Lebanon berjaya menjaringkan 1 gol namun disiplin tinggi pertahanan Malaysia berjaya mempertahankan defisit 2 gol.

Syabas skuad Harimau Muda!


Wednesday, June 22, 2011

Perlawanan Antarabangsa : Pusingan Kedua Kelayakan Olimpik 2012

Pusingan Kedua:
Malaysia vs Lebanon
23 Jun 2011
Stadium Bukit Jalil
8.45 malam


In case untuk Malaysians yang masih lagi tidak tahu tentang wujudnya perlawanan ini, mari kita ramai-ramai pergi ke SNBJ. Tiket hanya RM20, murah sangat kalau nak dibandingkan dengan tiket perlawanan-perlawanan melibatkan Malaysia menentang kelab-kelab BPL.