Thursday, May 5, 2011

MATCHDAY SL - 6 MAY 2011 Selangor vs JOHOR FC


Selangor VS JOHOR FC
6 Mei 2011 (Jumaat)
8.45 Malam
Stadium Shah Alam,Selangor

Malam ini.
Ibarat sirih pulang ke gagang kerana nostalgia perlawanan kedua yang pernah
STU hadiri sewaktu awal-awal tertubuhnya kami ini.
Hari ini kami pulang semula ke medan yang pernah kami hadiri setahun lepas.
Tahun lepas,di sini, Johor FC tewas dengan bantuan pengadil yang berat sebelah
sehingga mempengaruhi keputusan 1-4 kepada Selangor.
Harapan kami STU agar lebih ramai orang-orang Johor turut serta bersama kami pada malam ini. Keputusan perlawanan adalah perkara kedua kerana kami STU tidak akan pernah berganjak dan berhenti bersorak walaup
un ketika pasukan kami sokong sedang kalah.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

U
pdates:
Keputusan Perlawanan

Selangor 3 - 2 JOHOR FC

Pada malam ini STU dibarisi oleh Aku bertindak sebagai Capo, Zaki dan Hafiz.
Faizal turut ada, namun dia tidak lama berada di stadium kerana terpaksa
bergegas pulang selepas beberapa minit separuh masa kedua dimulakan.

Tiada drum mengiringi kami kerana sekiranya ia ada sekalipun, chants STU mungkin akan lebih kelam kerana bilangan troopers pada malam ini hanya 3 sahaja. Apatah lagi dengan drum penyokong Selangor dan juga dari ULTRASEL sendiri lebih kuat dari kudrat suara bertiga kami.

Itu tetap tidak menjadi masalah kerana "creative thinking" adalah kami tetap
chants seperti biasa dan mula menguatkan decibel chants kami apabila ULTRASEL dan drum dari kelab penyokong Selangor berhenti memberi sokongan.
Jadi ada ketika stadium bergema dengan chants kami.


Aku tidak mahu mengulas tentang perlawanan,kerana ini bukanlah sokernet.blogspot jadi aku hanya ingin mengulas tentang apa yang dilakukan oleh
STU.

Apa guna datang ke stadium memakai jersi pasukan disokong namun hanya diam membisu membatu duduk di kerusi ?

Harus aku ingatkan, warna kulit,warna pakaian bukan
la isu, tapi semangat pembawaan menyokong stadium lebih penting. Dalam ULTRAS, sinonimnya dengan baju hitam, namun sekiranya hendak pakai apa sekalipun,pakailah asalkan bukan baju jersi penjajah atau berkaitan.

Kalau datang ke stadium untuk menyokong JOHOR FC tapi hadir dengan memakai jersi Liverfools or whatever, then there is something wrong with your
attitude. It is either you blatant ignorant our you are somehow idiot.

Persoalan ingin aku lontarkan, apa guna datang ke stadium memakai jersi
pasukan disokong namun hanya diam membisu membatu duduk di kerusi ?

Tiada memakai jersi atau baju berwarna kelab disokong bukanlah masalah,kerana KAMI ADALAH ULTRAS dan pembawaan diri kami 90 minit di stadium itulah kayu pengukur kami iaitu sentiasa bersorak untuk pasukan tercinta dari duduk membatu di kerusi.

Chants seperti Manggis, Berjuanglah Pahlawanku, Tak P
eduli Apa Orang Nak Kata, Selamanya, Kami Bersamamu JOHOR FC, Darah, Kegilaan, Kopi Dangdut, We Love You dan juga JOHOR Mania, semuanya kami
chants semasa perlawanan ini dilangsung. Not bad untuk 3 troopers bukan?



STU hanya bertiga

Dan cuba lihat pula bilangan UltraSel

Kedatangan Faizal secara cameo,waktu separuh masa diambil kesempatan dengan kami membincangkan perancangan untuk aktiviti STU

STU in action

Wake up call untuk semua rakyat JOHOR,marilah bersorak bersama kami

3 comments:

  1. Bro.. kalau aku nak join boleh tak?

    ReplyDelete
  2. join jer,kami x ada pinta sebarang bayaran pon.hanya perlukan kerjasama untuk berdiri sepanjang 90min dan kesanggupan anda untuk bersorak juga sepanjang 90min. kalau ko pernah tgk ULTRAS MALAYA memberi sokongan utk skuad kebangsaan,pasti ko tau apa yang STU cuba bawakan.ko duduk mana?Lembah Klang or JB?joinla fb group STU iaitu Southern Troop Ultras(Ultras Johor).Make sure it is fb group.Jumpa ko di stadium next time,bro....

    ReplyDelete
  3. ko nih adik edy kamarudin ke?

    ReplyDelete