Sunday, May 15, 2011

MATCHDAY SL -19 MAY 2011 N.Sembilan vs JOHOR FC (Preview)

N.Sembilan vs JOHOR FC
19 May 2011 Khamis
8.45pm
Stadium Paroi

Masih tidak dikenalpasti berapakah bilangan STU tapi yang pastinya STU dari belah Lembah Klang yang akan turun ke Paroi. Kebanyakan troopers dari belah selatan masih lagi bersekolah jadi faktor kewangan menjadi faktor utama kekangan mereka untuk hadir bersama.

Ultras No9ori pastinya lebih ramai walaupun umur mereka masih lagi muda berbanding STU,dan ini pastinya menjadi pembakar semangat bagi troopers untuk menggiatkan lagi usaha mereka agar ideologi menyokong ULTRAS dapat diterima baik oleh rakyat Johor amnya tak kira di mana mereka berada dan khasnya di Jcorp Stadium.

Tidak bermakna anda adalah kelab penyokong sesuatu kelab maka anda tidak boleh menzahirkan sokongan itu sepanjang 90minit dengan bersorak berbanding hanya duduk membatu. Adakah itu dapat membantu pasukan yang anda sokong dan pemain-pemain yang berjuang di atas padang?

No comments:

Post a Comment