Thursday, May 5, 2011

MATCHDAY PL - 6 MAY 2011 USM vs JOHOR FA

USM FC VS JOHOR FA
6 Mei 2011 (Jumaat)
8.45 Malam
Stadium Olahraga USM, Pulau Pinang

Malam ini.
Perlawanan yang hanya kami doa dari jauh agar kemenangan berpihak pada kita,JOHOR FA.
Kami STU berharap agar warga Johor yang menetap di Pulau Mutiara ini yang punya kesempatan untuk sama-sama meluangkan masa memberikan sokongan kepada pasukan JOHOR FA.

---------------------------------------------------------------------------------------------

Updates:
Keputusan Perlawanan

USM 2 -1 JOHOR FA

Tiada apa ulasan dari STU, kerana tiada wakil STU hadir untuk perlawanan ini.

Mungkin, pada masa hadapan apabila kekuatan STU bertambah kuat dengan lebih ramai troopers maka akan ada yang sanggup menghadiri perlawanan "away" seperti mana telah dilakukan Ultras negeri-negeri lain seperti UltraSel (Selangor), SSU (Perak) dan CKU (Kedah) sebagai contoh.

Wahai orang-orang JOHOR sekalian walau di mana kamu berada, keluarlah dari persembunyian kamu dan janganlah malu untuk mengatakan kamu ini orang JOHOR.
Keluarlah dari kepompong minda liga PENJAJAH dan kembalilah menyokong pasukan negeri anda sendiri.


No comments:

Post a Comment