Saturday, May 21, 2011

MATCHDAY PL -20 MAY 2011 PKNS vs JOHOR FA (POST-REVIEW)

PKNS FC 2 VS JOHOR FA 0
Tarikh: 20 Mei 2011(Jumaat)
Stadium MBPJ Kelana Jaya,Selangor
8.45 malam

Sebelum sepak mula, troopers in action secara langsung di Astro Arena

Dari kiri ikut pusingan jam: Adib, Edy,Zaki dan Hafiz (aku pula di luar dari gambar ini,kalau photo zoom ini lebih besar akan kelihatan aku di sebelah adib)



Memang sedih bila melihat pasukan sendiri kecundang malah lebih menyayat hati melihat pasukan lawan disahkan menjuarai Liga Perdana di kepala mata sendiri. Sungguh sedih.

Kesedihan itu juga ditambah dengan populasi orang Johor hanyalah 4 orang,kemudian bertambah menjadi 5 selepas separuh masa kedua bermula. Hairan,adakah populasi orang Johor di lembah klang hanya sekadar 5 orang ini sahaja?

Semangat kesetiaan Ultras sentiasa pada pasukan,sebab tiada kemananya setia pada pasukan yang tiada sebab untuk kita rasa kepunyaan seperti mana kebiasaannya cinta dan setia pada kelab-kelab EPL yang tiada perlu dinyatakan di sini. Apa faedahnya?Sebab lebih standard?atau sebab mereka konsisten?

Kalau standard,maka koranglah yang merendahkan standard kamu itu sendiri dengan mengagung-agungkan kelab EPL itu.
Konsisten?itu sahajakah penyebab untuk rasa kepunyaan pada kelab-kelab EPL itu yang mana mereka langsung tiada kisah pada anda?

Aku sangat-sangat teruja bila melihat pasukan tersayang berdiri di hadapan aku penuh bangga menyanyikan lagu kebangsaan sebelum sepak mula. Rasa teruja itu lebih ekstrim dan bergelojak apabila mereka menerpa kearah CURVA apabila berjaya menjaringkan gol.
Dan kepuasan yang tidak terhingga ibarat baru sahaja mengalami ejakulasi apabila pasukan tersayang menang dan mereka menunjukkan tanda terima kasih ke arah CURVA.

Adakah perasaan ini sama dengan menyanjung kelab-kelab EPL ini? Tidak,tidak sama sekali.

Untuk troopers STU,teruskan usaha anda agar matlamat kita mewujudkan suasana 1 stadium adalah CURVA dan neraka bagi pasukan lawan dapat tercapai.

Untuk rakyat JOHOR yang lain, neraka bermaksud adalah tempat yang paling kita ingin hindarkan dan atmosfera seperti mana kita lihat di Stadium Sultan Muhammad IV dan Gelora Bung Karno stadium umpamanya,itulah matlamat STU,namun ianya umpama omong kosong sekiranya ini tidak mendapat sahutan dari anda.
Bayangkan jika 40000 kapasiti Stadium Larkin sekalipun dihuni separuh namun mereka yang hadir semua berdiri dan bersorak secara tersusun selama 90 minit, maka tiada 1 pasukan pun yang tidak akan rasa tidak gentar untuk bertandang ke LARKIN.

No comments:

Post a Comment