Friday, May 6, 2011

MATCHDAY PL -20 MAY 2011 PKNS vs JOHOR FA (Preview)

PKNS FC VS JOHOR FA
Tarikh: 20 Mei 2011(Jumaat)
Stadium MBPJ Kelana Jaya,Selangor
8.45 malam


STU akan berada di perlawanan ini.
Katalah apa yang nak dikata,kutuklah bagai selalu kamu lakukan.
STU tetap tegar menyokong walau berapa bilangan pun yang hadir.
Tetap kedengaran suara kami bersorak tanpa malu,tanpa jemu.
Itu tak pernah menjadi masalah.

Malah tak pernah menjadi masalah kami dengan orang-orang JOHOR yang menetap di sini namun susah hendak memberi sokongan kepada pasukan negeri sendiri.
Terpulang masing-masing.
Bagi STU, hari bekerja atau bukan, Lembah Klang atau Johor Bahru sekalipun, akan kami cuba untuk hadir memberi sokongan.

Besar kemungkinan, STU akan berada di curva kebiasaan kami di MBPJ Stadium ini iaitu bertentangan grandstand iaitu berdekatan dengan papan mata(scoreboard).
Jumpa di sana!

Untuk yang sudah mengetahui siapa kami tapi masih lagi malu-malu dan mahu kenali kami lebih dekat,silakan datang ke curva kami. Kami akan sentiasa alu-alukan walaupun kehadiran anda hanya untuk bertanya soalan siapakah kami ini.

Siapa kami,SOUTHERN TROOP ULTRAS(STU) wakil ultras untuk negeri JOHOR ini?

No comments:

Post a Comment