Tuesday, May 3, 2011

MATCHDAY PL - 2 MAY 2011 JOHOR FA VS PDRM

JOHOR FA VS PDRM
2 MAY 2011 (ISNIN)
8.45 MALAM
STADIUM LARKIN,JOHOR


Seramai 4 orang troopers sahaja yang menghadiri perlawanan ini yang di wakili oleh Mohd Adib, troopers yang berpangkalan di Lembah Klang serta Derai, Apis, Jon(orang baru).

Sekitar 7.00 petang lagi LAKEN CURVA (CURVA stadium larkin) telah di huni oleh 4 orang troopers dengan semangat membara untuk memberi sokongan kepada pasukan kesayangan mereka. Seperti biasa, mereka mula memasang banner seawal itu lagi.

Apabila perlawanan bermula kami mula berchanting tetapi durasi bukanlah di sepanjang perlawanan tapi dalam tempoh yang sebentar kemudian mula ber'chant'ing semula kerana dengan 4 orang jumlah kami, kami bersorak seboleh mampu sehingga kehabisan suara dengan mudah.

Ketika perlawanan berlangsung 4 suar atau juga dikenali sebagai FLARE berjaya dibakar tanpa sebarang masalah.

Sejurus perlawanan tamat, kesemua pemain JohorFA datang berhampiran CURVA sambil menunjukkan 'gesture' pohon maaf kepada kami kerana penalti yang di ambil pada saat-saat akhir disia-siakan untuk sekadar seri.
Alangkah bagusnya sekiranya penalti tersebut dapat diterjemahkan, maka sudah tentu keputusan akan berpihak 3-2 kepada Johor dan mencerahkan lagi harapan kami untuk melihat 1 lagi pasukan dari negeri JOHOR bertanding di Super League.
Tapi sebaliknya berlaku dan hanya memadai dengan keputusan seri 2-2.

Sungguhpun begitu kami STU dengan rela hati menerima takdir dan memberikan tepukan sebagai tanda sokongan berterusan.

Kami menyeru agar lebih ramai tampil mendokong ideologi ULTRAS yang kami bawakan ini. Sekiranya nampak dari jauh, dalam hati ingin menyertai kami di stadium, usah simpan sahaja niat itu sebaliknya datanglah ke CURVA di mana kami gantungkan banner dan di mana kami berdiri.
Kami hairan tatkalah STU ini adalah ULTRAS kedua terawal ditubuhkan di bawah panji ULTRAS MALAYA (Ultras untuk Pasukan Bola Kebangsaan) namun perkembangan kami dari segi bilangan adalah yang paling terkebelakang. Sungguh menyedihkan. Kata orang putih, pathetic,even worse than that.

Penyokong sudah mula kembali di stadium namun apakah penghalang untuk bersorak sorai bersama STU ?

Malu atau kerana kami ini seperti golongan tidak terpelajar maka usaha kami diperlekehkan? Kami bukanlah terdiri dari mat-mat rayau jika itu anggapan kamu semua kerana sebilangan kami adalah terdiri dari golongan professional, seperti jurutera, pegawai perubatan, pegawai tadbir diplomatik,guru, pensyarah dan lain-lain lagi. Ekstrimnya kami hanya demi JOHOR FA, JOHOR FC dan MP Muar.

Pendek kata, looks might be deceiveful tapi inilah semangat kecintaan yang sebenar terhadap bola sepak daripada berhabisan untuk MengYU, Arsengal, Chelshits mahupun Liverfools.

Adakah kami ini berbayar ? Tidak, kami tidak ditaja oleh sesiapa,malah semangat kecintaan kami adalah pendorong untuk cuba hadir kesemua perlawanan melibatkan pasukan bola membawa panji NEGERI JOHOR (Johor FA, Johor FC, MP Muar)

Adakah kami menganggu orang atau pengganggu ketenteraman awam ? Tidak pernah sama sekali, kerana kami hadir untuk memberi sokongan secara vocal,padu dan bukan hanya datang ke stadium untuk makan kuaci, kemudian jika pasukan yang hendak disokong kalah, mulalah kuaci,kerusi dan segala benda dicampak ke arah pemain. Pada masa itu jugalah suara 'EMAS' mereka ini mula kedengaran.


Siapakah kami ini ,STU yang merupakan ULTRAS JOHOR ini?
Kata orang, tak kenal maka tak cinta,sila klik hyperlink di bawah untuk tahu lebih lanjut siapa kami ini.

Pengenalan Southern Troop Ultras (sila klik)

No comments:

Post a Comment