Thursday, May 5, 2011

MATCHDAY LIGA SUPER- JOHOR FC VS KELANTAN

JOHOR FC VS KELANTAN
3 MEI 2011 (SELASA)
8.45 MALAM
STADIUM JCORP,PASIR GUDANG


Capo untuk perlawanan ini, di pimpin bersama oleh Med (Ezawan Din) dan Ammar Iskandar Ishak.
Kesemua yang hadir adalah terdiri dari STU belah selatan dan seorang yang berada di Lembah Klang turun bersama kita iaitu Adib.

Seawal 6.30 petang lagi dengan semangat yang berkobar dan impian yang tinggi 5 troopers kami, Adib, Derai, Hamirul Aizad, Addin, Med telah tiba di stadium.
Kemudian di susuli pula oleh Hafidzuddin dan barisan pelapis di beri nama GBS 'yassir yaccob'.
Ketika itu mula memasang Banner yang di bawa oleh Adib dan waktu itu juga perajurit-perajurit musuh kami datang ramai yang tak terkira. dan baru lah segelintir penyokong pasukan kesayangan mereka datang.


Tetapi mengikut purata penyokong Kelantan lebih ramai dari penyokong pasukan sendiri, di mana 
perginya yang lain ? ngorok kt rumah ? tepat jam 8.45 malam perlawanan pun mula bermain dan kami pun mula ber 'chanting' tatkala berchanting kami STU banyak cabaran bagi kami kerana jidur penyokong kelantan lebih kuat daripada suara kami. Kami sebagai STU tidak pernah mematahkan semangat sehinggalah berlangsung ke masa kedua. Pada waktu masa kedua barulah aku(Ammar) datang untuk menaikkan semangat lagi jiwa kami sebagai STU. Aku yang sangat sibuk pada waktu itu tapi dengan hati yang berkobar datang dengan 1 hasrat !. tapi yang sedihnya kenapa orang lain yang tak sibuk tidak dapat menghadiri perlawanan ? masalah duit ? bukan banyak RM10 sahaja berbanding berkaroke RM10=10 lagu tapi datang ker stadium RM10=90 minit dengan ber'chanting' !..

Kami pun ber 'chanting' sehingga habisnya perlawanan seperti biasa player 'appreciation gesture' dan memberi tepukan kepada kami semua walaupun kalah 0-1..Tapi kami dengan hati terbuka menerima takdir yang datang kepada pasukan kami..ketika itu kami pun bersiap2 setelah selesai perlawanan dan kami pun ber 'chanting' lagi di depan stadium. Kebanyakan mereka teruja melihat kami apatah lagi penyokong kelantan, Kami ber 'chanting' sambil membakar FLARE di depan stadium dan waktu itu datanglah beberapa orang penyokong datang menghampiri kami dan join ber 'chanting' dengan kami...



ketika berchanting




No comments:

Post a Comment