Sunday, May 1, 2011

MATCHDAY SL -30/4/2011 JOHOR FC VS Sabah

JOHOR FC vs Sabah

30 April 2011 (To-yoil)

8.45 Malam

JCORP Stadium,Pasir Gudang


Capo untuk perlawanan ini adalah Ammar Iskandar Ishak dan Zack(Zaki Rashid).
Kesemua yang hadir terdiri dari STU belah selatan kecuali Zack yang berpangkalan di Lembah Klang.


Seawal 6.30 petang lagi dengan semangat yang berkobar dan impian yang tinggi 2 troopers kami, Addin Naqiuddin dan aku(Ammar Iskandar Ishak) telah tiba di stadium.
Kemudian disusuli pula oleh Zack, Yuza dan barisan pelapis diberi nama GBS 'Yassir Yaccob'.
Ketika itu kami mula memasang 2 banner STU, 1 yang lama (merupakan cat tangan) dan 1 lagi yang baru(cetakan) sumbangan Zack.

Pada malam itu hujan dan kilat sabung menyabung namun ia sedikit pun tidak melunturkan semangat kami untuk bersorak-sorai demi pasukan JOHOR FC. Cuma, kami terpaksa berlindung di grandstand kerana bimbang keselamatan kami,dek kerana kilat. Sedia maklum SARANG LEBAH(nama CURVA STU di JCorp Stadium) adalah tempat duduk tiada berbumbung.

Seperti kebiasannya, semua berchanting apabila perlawanan bermula , cuma kami menghadkan tahap sorakan ketika ber"chant"ing berbanding di SARANG LEBAH kerana kami tak mahu menganggu penyokong melihat perlawanan tersebut .

Namun satu persoalan terpikir,adakah mereka ini malu untuk bersorak sorai bersama kami?
Ideologi dan pembawaan berbeza tapi matlamat adalah sama,iaitu menyokong pasukan JOHOR FC ketika beraksi di atas padang. Bukankah begitu?
Atau adakah hanya ketika pasukan disokong mula dibolosi gol oleh pihak lawan, barulah suara emas mereka akan kedengaran?




kami berada penghujung Grandstand dek hujan lebat sambil kilat sabung menyabung yang tak mengizinkan kami ke curva. Pemain ada insurans, kami tiada (hehe)




Inilah banner baru STU berwarna oren khas untuk perlawanan JOHOR FC sahaja yang ditempah oleh Zack.


Mula berchanting di SARANG LEBAH selepas hujan kembali reda






No comments:

Post a Comment