Sunday, May 1, 2011

MATCDAY PL - 29 April 2011 JOHOR FA VS ATM

JOHOR FA vs ATM
29 April 2011 (Jumaat)
8.45 Malam
Stadium Larkin, Johor


Pertama sekali,
Pohon seribu kemaafan atas kelewatan status perlawanan yang dihadiri kami ini.

Capo untuk perlawanan kali ini, dipimpin bersama oleh Ammar Iskandar Ishak dan Zack (Zaki Rashid).
Kesemua yang hadir adalah terdiri dari STU belah selatan,dan sorang yang berada di Lembah Klang turun bersama kita iaitu Zack(Zaki Rashid) .

Seawal 6.30 petang lagi LAKEN CURVA (CURVA di Stadium Larkin) telah dihuni oleh 3 troopers dengan semangat yang berkobar untuk pasukan kesayangan iaitu mereka adalah Ammar Iskandar Ishak , Hamirul Aizad , Addin Naqiuddin.
Kemudian mereka ini disusuli pula oleh Zack, Derai , Gaban dan sekelompok kecil penyokong Johor yang mahu bersama kami.

Ketika itu kami mula memasang banner di LAKEN CURVA barisan perajurit-perajurit dari pihak musuh seramai lebih kurang 400 telah memasuki stadium tetapi adakah kedatangan mereka yang diSUBSIDI atau BERBAYAR dengan duit dari pembayar cukai dapat disamakan dengan 1 tekad dan dengan 1 hati untuk menyokong pasukan kami Johor FA ?

Walaupun mereka cuba memulakan provokasi tetapi kami tidak pernah gentar dan luntur semangat juang.

Seramai 8 orang troopers sahaja hadir di perlawanan tersebut , dan kali ini kelab kompang Kg.Bendahara bergabung tenaga bersama kami kerana tempat kebiasaan mereka telah dihuni oleh musuh perajurit yang tak tahu malu,sesuka hati membuat onar untuk penyokong tuan rumah.

Kami terpaksa menyimpan kudrat sewaktu kompang mula dipalu dan hanya selepas kompang mulaii selesai maka kami pun memulakan dengan chanting kami . Amat sukar sekali sekiranya "chant" diiringi kompang dengan bilangan seramai 8 orang troopers kerana ia hanya menyebabkan suara kami tenggelam dek kompang dan hanya membuatkan kudrat kami hilang dengan sia-sia. Namun akhirnya segala cabaran yang dihadapi sewaktu perlawanan berjaya juga diharungi.

Cuma kami sedih apabila mengenangkan di manakan orang Johor yang lain?
Adakah masalah RM10 untuk bayaran tiket?
Tapi lebih menghairankan apabila orang kita Malaysia sendiri sanggup berhabis ratusan ringgit beratur untuk melihat aksi MengYU, Liverfools, Arsengal ataupun Chelshits ketika bertandang di sini.
Apakah kepuasan yang dapat dengan sokongan tak berbelah bahagi pada suatu kelab yang tiada kena mengena dengan anda seorang rakyat Malaysia amnya dan rakyat Johor khasnya?

Percayalah, tiada lebih bermakna, kepuasan tidak terhingga dengan bersorak-sorai, berdiri sambil mengibarkan bendera negeri tercinta, atau aksesori seorang Ultras iaitu mufla.



Troopers sewaktu mula chant


Sebelum perlawanan bermula kami berlatih chant


perajurit musuh kami yang berada di sinun


STU in action

No comments:

Post a Comment