Saturday, May 21, 2011

Apa pentingnya perlawanan KL vs JOHOR FC Jun 2011 bagi STU?

Apa pentingnya perlawanan ini?

Semua perlawanan melibatkan pasukan yang membawa nama dan panji JOHOR adalah penting bagi STU namun 1 faktor yang membuatkan perlawanan ini lebih penting dari biasa adalah kerana di Stadium KLFA Cheras inilah aku dan adib, berdua pada setahun lepas menggantung banner kemudian bersorak menggila tanpa pernah menghiraukan hingit bingit perli dari penyokong KL.

Semasa perlawanan inilah kami dihargai lebih dari orang Johor sendiri iaitu sekumpulan pelancong dari Jerman yang kebetulan hadir ke stadium ini. Apabila mereka melihat banner kami, salah seorang dari mereka iaitu seorang wanita (ya,seorang wanita dan quite HOT) menegur kami bertanyakan samada kami berdua Ultras dan mempelawa untuk mengambil gambar kami berdua walaupun pada mulanya aku dan Adib menyangka wanita itu hendak kami snap photo beliau.

Semasa perlawanan ini jugalah menjadi titik tolak STU apabila menjadi medan pertemuan dengan salah seorang troopers iaitu Zaki Rashid.

Maka,ia lebih bermakna jika STU dapat dihadiri lebih ramai pada perlawanan ini untuk memorabilia setahun sudah tertubuhnya STU. Apatah lagi kita perlu menjaga muka kita dengan satu lagi Ultras yang baru ditubuhkan iaitu KL City Ultras (KCU), justeru ia sangat penting kepada maruah STU sendiri.

STU bercadang untuk membuat konvoi samada menyewa van atau hanya pergi dengan kenderaan dimiliki oleh troopers sendiri yang kemudian kos ini ditampung sesama sendiri termasuk donations dari troopers. Diharapkan ini dapat direalisasikan dengan sokongan semua troopers.

No comments:

Post a Comment