Sunday, May 1, 2011

STU beraksi di Kejohanan Futsal JohorFC.com



LIGA FUTSAL JOHORFC.COM
Lokasi : GELANGGANG FUTSAL KULIM, TIRAM
TARIKH : 30 APRIL 2011

Aktiviti ini kami sertai dengan harapan dan 1 tujuan iaitu untuk mengeratkan silaturrahim bersama e-fans Johor FC iaitu JohorFC.com.

Futsal ini juga merupakan medan latihan STU sebelum beraksi di Kejohanan Futsal Ultras Malaya yang kedua di Kelantan pada penghujung May ini.



Sebanyak 11 pasukan telah menyertai Kejohanan Futsal JohorFC.com ini iaitu sebahagiannya terdiri daripada 2 wakil dari tuan rumah (Kulim Berhad) , 2 wakil dari lembah klang JohorFC.com ) dan 2 dari selatan (JohorFC.com dan STU) , 2 dari Tenggaroh.

Undian dicabut seawal pukul 8 pagi dan setiap pasukan menggunakan nama pemain Johor FC .
STU menggunakan nama pemain Rezal Zamberi Yahya(ikan) sebagai nama pasukan kami yang diberi undi bermain di dalam kumpulan C.

Pada peringkat kelayakan ini, setiap kumpulan terbahagi kepada 3 pasukan dan hanya 2 pasukan teratas dari setiap kumpulan akan layak ke quarter final. Selain STU, kumpulan C terdiri darip Johorfc.com dari selatan dan Kulim A.

STU telah diwakili oleh 
pengurus pasukan Zack,
 Ammar Iskandar Ishak , Addin Naqiuddin , Derai , Gaban , Hamirul Aizad , Deno dan 2 orang pemain diimport dari Kulim Berhad kerana yang lain tidak dapat menghadiri masalah-masalah yang tiada dapat dielakkan iaitu Rusdi serta rakannya .

Berikut adalah keputusan perlawanan melibatkan STU:


STU 1 - 2 Johor FC.com (Selatan)
STU 1 - 3 Kulim


Walaupun kami kecundang namun ia merupakan platform yang berguna untuk meningkatkan persefahaman pasukan ini yang baru dibentuk sebelum beraksi di KELANTAN.
Tahniah dan terima kasih tidak terhingga buat semua yang mewakili STU dan sekiranya sesiapa hadir memberikan sokongan kepada kami!!


Pasukan futsal STU dan 3 dari mereka akan mewakili STU ke Kelantan

No comments:

Post a Comment