Sunday, April 17, 2011

Matchday PL 2011 - 18 April 2011 JOHOR FA vs Sarawak

Johor FA VS Sarawak

18 April 2011 (Isnin)

8.45 Malam

Stadium Larkin, Johor


Ayuh orang-orang Johor! Apatah lagi yang hanya sekangkang kera dengan Stadium Larkin, apakah yang membuatkan anda berat untuk hadir?

RM10 untuk masuk?

Pasukan JOHOR main macam 'HAMPEH' pada pendapat anda.

Atau apa lagi alasan-alasan anda?

Jadi apa sumbangan anda sebagai rakyat Johor?


Marilah sama-sama kita datang ke stadium memberikan sokongan di CURVA LAKEN.

Sekiranya anda terpanggil dengan sahutan kami, pastikan jersi yang dipakai bukan dari LIGA PENJAJAH, hanya JOHOR atau MALAYSIA.


Logikla kan, anda datang untuk memberikan sokongan kepada JOHOR.

Pernah ke anda lihat di mana-mana perlawanan di Eropah misalnya, yang hadir akan memakai jersi selain dari kedua-dua pasukan yang bertanding?

Tidak bukan?


See you there!


------------------------------------------------------------------------------------------------
Updates:
Keputusan Perlawanan

JOHOR FA 2 - 0 Sarawak

Perlawanan ini dihadiri seramai 6 orang iaitu Bob, Aku, Adib, dan 3 lagi rakan-rakan Bob. Maaf, tapi aku betul-betul lupa.

Namun inilah pengalaman paling best, sebab bersorak sehabis mungkin sepanjang 90 minit apatah lagi kami turut mengutuk seorang pemain Sarawak berhabis-habisan kerana langsung tiada semangat kesukanan apabila seorang pemain JOHOR FA terbaring kecederaan di tengah padang namun tidak menghiraukan itu dengan tetap meneruskan permainan.

Padahal sebelum itu apabila pemain JOHOR FA melakukan serangan dan sudah pun berada di kotak goalkick, ada seorang pemain Sarawak terbaring maka dengan segera pemain JOHOR FA membuang bola untuk menghentikan permainan. Sudah tentulah pemain Sarawak bernombor 3 ini (aku masih ingat lagi nombor jersi dia) habis dikutuk kerana perbuatan bodoh dia.

Coach penjaga gol, Omar Salim sebelum perlawanan bermula telah memberikan beberapa botol minuman berisi air semestinya kepada kami,STU. 1 tanda bahawa mereka di bahagian pentadbiran merasai kehadiran kami,STU.

Sewaktu perlawanan bermula, 2 batang suar (flare) telah dibakar, iaitu lebih tepat sewaktu nyanyian lagu negaraku dinyanyikan.

Bonus pada kami, JOHOR FA menang perlawanan ini dan sesi menikmati kelazatan kacang pool di medan makan bersebelahan Balai Bomba.
Scrumptious!!

Di lain masa,akan aku upload gambar yang sempat aku snap sewaktu di stadium dan ketika menjamu selera selepas perlawanan tamat.

Terima kasih pada semua troopers yang hadir!

No comments:

Post a Comment