Saturday, April 23, 2011

MATCHDAY LIGA SUPER - 23 APRIL 2011 JOHOR FC VS PBDKT T-TEAM

Lead atau Capo untuk perlawanan ini Ammar Iskandar Ishak(FB) dan MED.


Kesemua yang hadir adalah terdiri dari STU belah selatan,dan sorang yang berada di Shah Alam turun bersama kita Adib.


Lebih kurang 3 orang yang datang awal pada 6.30 petang lagi dengan semangat yang berkobar dengan pasukan kesayangan mereka,'Adib,Med,Addin'..Kemudian disusuli 2 orang lagi,'Ammar dan Kecik[budak baru yang join kami]'. Ketika itu, mereka mula bersiap memasang banner, dimana banner itu terdiri 3 banner iaitu banner asal 'ultras johor' banner yang dibuat oleh kami 'ultras' dan banner 'johorfc'..Ketika kami seronok memasang banner datang perajurit-perajurit STU, sorang demi sorang dan penamat ketibaan perajurit kami ialah Geng YY 'GBS'..kesemuanya sekitar belasan orang...kami yang sentiasa berada di curva JCORP berdekatan scoreboard sentiasa menunggu kedatangan anda! tapi di mana ? kena bayaran rm10 ? jauh ? tapi kami ade yang berada di shah alam sanggup datang ke pasir gudang !


sebelum bermula perlawanan kami berlatih chants selama 15 minit sebelum perlawanan bermula.tepat pada pukul 8.45 malam bermulalah perlawanan dan bermula chants kami,kami berchanting selama 90 minit , berdiri dan melakukan rentak tersebut., dalam berchanting kami telah membuat 2 chants baru 1 dari Addin dan chants 2 dari Adib,


chants 1:
ultras johor sayap si lebah selatan , 
ultras johor sayap si lebah selatan , 
kami datang ke pasir gudang , 
1 jiwa 1 semangat ,
'musuh' itu di bunuh saja .


chants 2:
oOoOoOoOoOo.....
ayuh bangun johoooooor..
ayuh bangun johor.
ayuh bangun johor.
ayuh bangun johoooor...






ketika kami berchanting


kemudian datang bersama dengan kami 2 orang dari ultrasel untuk melihat pertandingan tersebut,mereka datang untuk konvo pada esok hari katanya di stadium tertutup pasir gudang, dan mereka ingin bersama dengan kami ultras johor. di mana yang saya telah cakapkan pada minggu sebelum ini, sejurus perlawanan tamat, player johorfc 'appreciation gestures'dengan memberi tepukan kepada kami semua dan menang 2-1 keatas PBDKT T-TEAM.

setelah siap berkemas,kami pun berchanting lagi didepan stadium,kebanyakkan mereka teruja melihat kami berchanting dan membakar flair.





ketika berchanting di depan pintu utama stadium

No comments:

Post a Comment