Saturday, April 16, 2011

MATCHDAY PL 2011 - 15 April 2011 JOHOR FA vs HM B


Tarikh:15 APRIL 2011

Premier League Match:JohorFA vs Harimau Muda B

Masa: 8.45 Malam

Tempat: Stadium Tan Sri Haji Yunus


STU seperti mana lazimnya menjadikan CURVA LAKEN, curva yang diberi nama untuk menjadi habitat STU setiap kali HOME GAME di Stadium Larkin,Johor dan tidak terkecuali pada malam tersebut.

Untuk yang berminat mahu memberikan sokongan seperti kami,tapi berasa malu,harapnya dibuang perasaan itu kerana kami manusia seperti anda juga.


Cuma membezakan kami adalah semangat menyokong secara tegar tanpa mengira pasukan tercinta kalah apatah lagi di waktu menang. itulah ertikata ULTRAS jika diolah bahasanya kepada bahasa melayu.


Hanya 3 orang sahaja yang hadir ke Larkin pada malam itu iaitu Amirul Aizad , Bob , Addin. Walaupun hanya kami bertiga, namun itu bukanlah penghalang pada kami, malahan seperti perlawanan-perlawanan yang lalu di mana kerusi kosong di stadium lebih ramai dari kami. Kami tetap bersemangat berchanting bersama-sama setia pada CURVA, setia pada pasukan JOHOR tidak kira masa. Tak akan pernah pudar kecintaan dan sokongan ini.


Keadaan padang lecak ,Johor FA menguasai permainan pada separuh masa pertama namun tiada gol berjaya dijaringkan oleh kedua-dua belah pihak . Namun semasa separuh masa kedua,Johor FA menyumbat 3 bijik gol.


Habis perlawanan kami meneruskan ber'chanting' seperti kebiasaannya dan seperti kebiasannya juga pemain-pemain Johor memberikan reaksi dengan menepuk tangan kearah kami, 'kind of gestures as appreciations' sungguhpun bukanlah itu yang kami cari atau perlukan.


Saat yang paling 'best' adalah ketika Amirul Aizad dan Adin pergi ke area main gate stadium dan bersalaman bergambar dengan pemain-pemain Johor.


Apa yang kami harapkan adalah semoga lebih ramai orang Johor yang datang ke stadium walaupun pasukan Johor bukan di puncak persada bola sepak, dan seterusnya memberikan semangat moral kepada pemain-pemain Johor.


Pernahkah anda terdengar PEMAIN ke 12? Ya,itulah fungsi kami sebagai PEMAIN ke 12....dan kami tidak akan pernah diam sebaliknya akan sentiasa memberikan semangat dengan cara kami, berdiri sepanjang perlawanan, ber'chanting', mengibarkan bendera serta mufla walaupun ketika pasukan bukan berada di ambang kemenangan.


Mungkin definisi PEMAIN ke 12 bagi anda berbeza iaitu datang ke stadium hanya ketika pasukan di puncak, atau jika datang dan melihat pasukan di ambang kekalahan, mulut anda tidak akan pernah lekang mengutuk pemain sendiri, atau mungkin hanya duduk di rumah melayan EPL dan mengutuk pemain-pemain ini apabila melihat keputusan perlawanan di berita atau di internet, berhabisan anda melanyak mereka bagaikan anda peminat 'SETIA'.


Ayuhlah, ubah mentaliti anda berpaksikan EPL. Ini kan tanggungjawab kita. Jika tidak pun, cuba buka dompet anda dan periksa IC anda, pastikan ianya warganegara Malaysia. Pastikah ianya Malaysia?




Momento bersama pemain Johor




CURVA LAKEN di mana kami berjuang sebagai pemain ke 12!

No comments:

Post a Comment