Thursday, April 28, 2011

Jadual dan Keputusan Perlawanan JOHORFA




Ada baki dalam 10 perlawanan lagi untuk JohorFA harungi, tapi sayangnya bilangan penonton menghadiri setiap kali perlawanan di Larkin, boleh dibilang dengan jari malahan bilangan kerusi adalah lebih banyak dari yang hadir.

Aku on behalf of STU(Southern Troop Ultras), Ultras untuk Negeri Johor menyeru agar lebih ramai yang turut serta bersama kami memberi sokongan kepada pemain. Hanya dengan kehadiran anda dan turut sama bersorak demi mereka, maka lebih bersemangat dan lebih bermakna untuk mereka bermain sebaik mungkin.


Saturday, April 23, 2011

MATCHDAY LIGA SUPER - 23 APRIL 2011 JOHOR FC VS PBDKT T-TEAM

Lead atau Capo untuk perlawanan ini Ammar Iskandar Ishak(FB) dan MED.


Kesemua yang hadir adalah terdiri dari STU belah selatan,dan sorang yang berada di Shah Alam turun bersama kita Adib.


Lebih kurang 3 orang yang datang awal pada 6.30 petang lagi dengan semangat yang berkobar dengan pasukan kesayangan mereka,'Adib,Med,Addin'..Kemudian disusuli 2 orang lagi,'Ammar dan Kecik[budak baru yang join kami]'. Ketika itu, mereka mula bersiap memasang banner, dimana banner itu terdiri 3 banner iaitu banner asal 'ultras johor' banner yang dibuat oleh kami 'ultras' dan banner 'johorfc'..Ketika kami seronok memasang banner datang perajurit-perajurit STU, sorang demi sorang dan penamat ketibaan perajurit kami ialah Geng YY 'GBS'..kesemuanya sekitar belasan orang...kami yang sentiasa berada di curva JCORP berdekatan scoreboard sentiasa menunggu kedatangan anda! tapi di mana ? kena bayaran rm10 ? jauh ? tapi kami ade yang berada di shah alam sanggup datang ke pasir gudang !


sebelum bermula perlawanan kami berlatih chants selama 15 minit sebelum perlawanan bermula.tepat pada pukul 8.45 malam bermulalah perlawanan dan bermula chants kami,kami berchanting selama 90 minit , berdiri dan melakukan rentak tersebut., dalam berchanting kami telah membuat 2 chants baru 1 dari Addin dan chants 2 dari Adib,


chants 1:
ultras johor sayap si lebah selatan , 
ultras johor sayap si lebah selatan , 
kami datang ke pasir gudang , 
1 jiwa 1 semangat ,
'musuh' itu di bunuh saja .


chants 2:
oOoOoOoOoOo.....
ayuh bangun johoooooor..
ayuh bangun johor.
ayuh bangun johor.
ayuh bangun johoooor...






ketika kami berchanting


kemudian datang bersama dengan kami 2 orang dari ultrasel untuk melihat pertandingan tersebut,mereka datang untuk konvo pada esok hari katanya di stadium tertutup pasir gudang, dan mereka ingin bersama dengan kami ultras johor. di mana yang saya telah cakapkan pada minggu sebelum ini, sejurus perlawanan tamat, player johorfc 'appreciation gestures'dengan memberi tepukan kepada kami semua dan menang 2-1 keatas PBDKT T-TEAM.

setelah siap berkemas,kami pun berchanting lagi didepan stadium,kebanyakkan mereka teruja melihat kami berchanting dan membakar flair.





ketika berchanting di depan pintu utama stadium

Friday, April 22, 2011

1st anniversary of the founding of STU

Selamat ulangtahun pertama STU


STU sudah berusia 1 tahun 1 bulan,pada 6 Mac 2011 lepas.

Ini berdasarkan post awal STU di blog ini iaitu di post "Pengenalan Southern Troop Ultras" (sila klik)


Sedikit bingkasan dari post tersebut adalah:


"Southern Troop Ultras (STU) merupakan kumpulan ultras Johor.

Tertubuh secara rasmi pada 6 Mac 2010 untuk memberi sokongan padu secara tersusun
kepada setiap pasukan bola sepak di negeri Johor
iaitu JohorFA, JohorFC, MP Muar dan lain-lain."

Harapan aku,agar kita bersatu dan terus berkembang sebagai pelopor untuk membudayakan semangat menyokong di stadium!

Selamat Ulang Tahun Pertama untuk STU!

Sunday, April 17, 2011

Matchday PL 2011 - 18 April 2011 JOHOR FA vs Sarawak

Johor FA VS Sarawak

18 April 2011 (Isnin)

8.45 Malam

Stadium Larkin, Johor


Ayuh orang-orang Johor! Apatah lagi yang hanya sekangkang kera dengan Stadium Larkin, apakah yang membuatkan anda berat untuk hadir?

RM10 untuk masuk?

Pasukan JOHOR main macam 'HAMPEH' pada pendapat anda.

Atau apa lagi alasan-alasan anda?

Jadi apa sumbangan anda sebagai rakyat Johor?


Marilah sama-sama kita datang ke stadium memberikan sokongan di CURVA LAKEN.

Sekiranya anda terpanggil dengan sahutan kami, pastikan jersi yang dipakai bukan dari LIGA PENJAJAH, hanya JOHOR atau MALAYSIA.


Logikla kan, anda datang untuk memberikan sokongan kepada JOHOR.

Pernah ke anda lihat di mana-mana perlawanan di Eropah misalnya, yang hadir akan memakai jersi selain dari kedua-dua pasukan yang bertanding?

Tidak bukan?


See you there!


------------------------------------------------------------------------------------------------
Updates:
Keputusan Perlawanan

JOHOR FA 2 - 0 Sarawak

Perlawanan ini dihadiri seramai 6 orang iaitu Bob, Aku, Adib, dan 3 lagi rakan-rakan Bob. Maaf, tapi aku betul-betul lupa.

Namun inilah pengalaman paling best, sebab bersorak sehabis mungkin sepanjang 90 minit apatah lagi kami turut mengutuk seorang pemain Sarawak berhabis-habisan kerana langsung tiada semangat kesukanan apabila seorang pemain JOHOR FA terbaring kecederaan di tengah padang namun tidak menghiraukan itu dengan tetap meneruskan permainan.

Padahal sebelum itu apabila pemain JOHOR FA melakukan serangan dan sudah pun berada di kotak goalkick, ada seorang pemain Sarawak terbaring maka dengan segera pemain JOHOR FA membuang bola untuk menghentikan permainan. Sudah tentulah pemain Sarawak bernombor 3 ini (aku masih ingat lagi nombor jersi dia) habis dikutuk kerana perbuatan bodoh dia.

Coach penjaga gol, Omar Salim sebelum perlawanan bermula telah memberikan beberapa botol minuman berisi air semestinya kepada kami,STU. 1 tanda bahawa mereka di bahagian pentadbiran merasai kehadiran kami,STU.

Sewaktu perlawanan bermula, 2 batang suar (flare) telah dibakar, iaitu lebih tepat sewaktu nyanyian lagu negaraku dinyanyikan.

Bonus pada kami, JOHOR FA menang perlawanan ini dan sesi menikmati kelazatan kacang pool di medan makan bersebelahan Balai Bomba.
Scrumptious!!

Di lain masa,akan aku upload gambar yang sempat aku snap sewaktu di stadium dan ketika menjamu selera selepas perlawanan tamat.

Terima kasih pada semua troopers yang hadir!

Saturday, April 16, 2011

MATCHDAY PL 2011 - 15 April 2011 JOHOR FA vs HM B


Tarikh:15 APRIL 2011

Premier League Match:JohorFA vs Harimau Muda B

Masa: 8.45 Malam

Tempat: Stadium Tan Sri Haji Yunus


STU seperti mana lazimnya menjadikan CURVA LAKEN, curva yang diberi nama untuk menjadi habitat STU setiap kali HOME GAME di Stadium Larkin,Johor dan tidak terkecuali pada malam tersebut.

Untuk yang berminat mahu memberikan sokongan seperti kami,tapi berasa malu,harapnya dibuang perasaan itu kerana kami manusia seperti anda juga.


Cuma membezakan kami adalah semangat menyokong secara tegar tanpa mengira pasukan tercinta kalah apatah lagi di waktu menang. itulah ertikata ULTRAS jika diolah bahasanya kepada bahasa melayu.


Hanya 3 orang sahaja yang hadir ke Larkin pada malam itu iaitu Amirul Aizad , Bob , Addin. Walaupun hanya kami bertiga, namun itu bukanlah penghalang pada kami, malahan seperti perlawanan-perlawanan yang lalu di mana kerusi kosong di stadium lebih ramai dari kami. Kami tetap bersemangat berchanting bersama-sama setia pada CURVA, setia pada pasukan JOHOR tidak kira masa. Tak akan pernah pudar kecintaan dan sokongan ini.


Keadaan padang lecak ,Johor FA menguasai permainan pada separuh masa pertama namun tiada gol berjaya dijaringkan oleh kedua-dua belah pihak . Namun semasa separuh masa kedua,Johor FA menyumbat 3 bijik gol.


Habis perlawanan kami meneruskan ber'chanting' seperti kebiasaannya dan seperti kebiasannya juga pemain-pemain Johor memberikan reaksi dengan menepuk tangan kearah kami, 'kind of gestures as appreciations' sungguhpun bukanlah itu yang kami cari atau perlukan.


Saat yang paling 'best' adalah ketika Amirul Aizad dan Adin pergi ke area main gate stadium dan bersalaman bergambar dengan pemain-pemain Johor.


Apa yang kami harapkan adalah semoga lebih ramai orang Johor yang datang ke stadium walaupun pasukan Johor bukan di puncak persada bola sepak, dan seterusnya memberikan semangat moral kepada pemain-pemain Johor.


Pernahkah anda terdengar PEMAIN ke 12? Ya,itulah fungsi kami sebagai PEMAIN ke 12....dan kami tidak akan pernah diam sebaliknya akan sentiasa memberikan semangat dengan cara kami, berdiri sepanjang perlawanan, ber'chanting', mengibarkan bendera serta mufla walaupun ketika pasukan bukan berada di ambang kemenangan.


Mungkin definisi PEMAIN ke 12 bagi anda berbeza iaitu datang ke stadium hanya ketika pasukan di puncak, atau jika datang dan melihat pasukan di ambang kekalahan, mulut anda tidak akan pernah lekang mengutuk pemain sendiri, atau mungkin hanya duduk di rumah melayan EPL dan mengutuk pemain-pemain ini apabila melihat keputusan perlawanan di berita atau di internet, berhabisan anda melanyak mereka bagaikan anda peminat 'SETIA'.


Ayuhlah, ubah mentaliti anda berpaksikan EPL. Ini kan tanggungjawab kita. Jika tidak pun, cuba buka dompet anda dan periksa IC anda, pastikan ianya warganegara Malaysia. Pastikah ianya Malaysia?




Momento bersama pemain Johor




CURVA LAKEN di mana kami berjuang sebagai pemain ke 12!

MATCHDAY SL - 4 APRIL 2011 JOHOR FC vs N.Sembilan

Tarikh:4 APRIL 2011

Super League Match:

JohorFC vs N.Sembilan

Masa: 8.45 Malam ,

Tempat: Stadium Pasir Gudang (JCORP)




Lead atau capo untuk perlawanan ini adalah Ammar Iskandar Ishak(FB) dan MED.

Kesemua yang hadir pada malam itu adalah STU dari belah Selatan. STU dari belah Lembah Klang tidak dapat menghadirkan diri kerana perlawanan yang berlangsung pada hari Isnin tidak memungkinkan kehadiran mereka.

Lebih kurang dalam 17 orang STU iaitu terdiri daripada Ammar Iskandar, Wan Joe, Med, Yassier Yaacob dan The Geng Bas Sekolah (dalam lingkungan 15 orang mereka kesemuanya) serta Addin Naqiuddin.

Sejurus perlawanan tamat, pemain Johor FC iaitu Anis Faron telah memberi 'appreciation gestures' dengan memberi tepukan kepada kami.


Di perlawanan ini juga Ultras N.9 seramai 2 orang yang turut serta dengan menaiki bas fan club untuk pasukan Negeri Sembilan dan bersama-sama kami,STU di Sarang Lebah. TAHNIAH U.N9 !





Aksi STU yang menjadi rutin selain ber'chanting' iaitu TIFO snow




Inilah banner terhasil dari air tangan kami sendiri di sebabkan banner yang kebiasannya digunakan berada pada Adib yang tidak dapat turut serta pada malam itu