Monday, March 7, 2011

Menjadi Seorang Ultras

Menjadi Seorang Ultras, Bagaimana?

Ramai yang masih tertanya-tanya bagaimanakah hendak menyertai Ultras ini, adakah perlukah mengisi borang? Perlukah yuran keahlian? Dan bermacam-macam lagi.

Ultras ini dipelopori oleh Ultras Malaya,dan STU(Southern Troop Ultras) aka Ultras Johor yang juga panji Ultras Malaya ini terbuka kepada semua pencinta bola sepak tempatan.

Kriteria yang diperlukan untuk menjadi seorang yang berjiwa ULTRAS ialah dengan:

1. PAKAIAN
Sentiasa memakai pakaian yang berindentitikan pasukan yang disokong. Pendek kata jersey Johor sekiranya perlawanan melibatkan JohorFA dan jersi JohorFC sekiranya ianya JohorFC.
Jika tiada,pakai tshirt berwarana biru melambang Johor atau oren bagi lambang identiti JohorFC.
atau,bolehlah memakai pakaian yang berwarna hitam (Hitam sinonim dengan pergerakkan ULTRAS).
DiHARAMKAN sama sekali untuk memakai jersey pasukan/kelab LUAR NEGARA.
Ingat kita datang untuk menyokong pasukan Johor\JohorFC atau MP Muar,bukan Chelshits, Mengyu, Arsengal atau hatta Liverfools. Kalau ada ternampak,aku tak akan teragak-agak untuk menghalau orang yang memakai jersi ini dari Curva STU!

2. MAFLA
Sila bawa MAFLA/SCARF. Mafla merupakan ciri-ciri penting seorang ULTRAS. Mafla penting untuk kita melakukan pelbagai aksi dan gaya sokongan(TIFO dan Choreo) apabila kita di stadium kelak.

3.
BENDERA
Satu elemen penting.
Samada ianya bendera negeri,atau kelab atau pun bendera yang mempunyai jalur warna identiti pasukan.

4. KASUT
Sila pakai kasut. Benda ini wajib untuk sebagai imej penyokong yang yang berpakaian kemas dan cantik atau faktor keselamatan juga. NO SELIPAR dan SANDALS.

5. BERDIRI
sebagai seorang ULTRAS, mereka perlu berdiri sepanjang 90 minit perlawanan. Ini adalah cara sokongan semua ULTRAS di seluruh dunia.

6. MENYANYI(chants)
Kita perlu menyanyi tanpa henti sepanjang 90 minit perlawanan berlansung tanpa dipengaruhi apa jua keputusan. ULTRAS menyanyi berpandukan Chants/Lagu yang diarahkan dan diketuai oleh Capo ULTRAS.

7. PATUHI ARAHAN KETUA(CAPO)
Di stadium, ULTRAS sentiasa patuh pada arahan CAPO.
CAPO ini yang akan bertindak selaku ketua untuk memberikan arahan dan gaya bentuk sokongan(choreo\tifo) kepada pasukan. CAPO jugalah akan mengetuai nyanyian Chants/Lagu

8. CURVA
Apabila berada di dalam stadium, ULTRAS akan memilih untuk duduk dikawasan berhampiran belakang sisi pintu gol, dinamakan CURVA. CURVA inilah tempat yang paling sesuai dan selamat untuk menjalankan aktiviti ULTRAS yang aggresif. Curva jauh daripada penonton biasa, golongan keluarga dan kanak-kanak.

9. DILARANG MEMBALING SEBARANG OBJEK
Sila menjadi penyokong yang berdisplin.
Jaga tingkah laku anda. Jaga imej penyokong ULTRAS.
Jangan sesekali cuba membaling object ke dalam balapan, longkang mahupun padang.
Tingkah laku ini hanya dilakukan oleh PENYOKONG BODOH lagi tak BERTAMADUN. Mereka ini semua adalah LALANG di stadium, sila jauhi sikap buruk ini. Jikalau anda gagal mematuhi, tidak sekali-sekali untuk tidak teragak-agak untuk menangkap dan menghantar anda kepada pihak bertanggunjawab.

10. EMOSI
Sebagai seorang yang berjiwa ULTRAS paling penting untuk menjaga emosi! Walaupun pasukan kita bermain tidak seperti yang diharapkan mahupun keputusan yang tidak memihak kepada kita, tetapkan sokongan tidak berbelah bahagi kepada pasukan walau apa jua keadaan. Nyanyian lagu-lagu semangat penting untuk menaikkan semangat juang dan moral pemain.

11. AMBIL TEMPAT
Bila duduk bersama kami sila ambil tempat masing-masing iaitu dikawasan kerusi tempat duduk penonton, bukannya bersidai di kaki lima. Tempat itu khas untuk Capo Ultras dan orang-orang kuat Ultras untuk ketuai nyanyian dan formasi pergerakkan. Pastikan berdiri rapat antara satu sama lain dan posisi selesa antara orang yang bersebelahan anda ditakuti tangan terkena kepala member atau apa sahaja.

12. FLARE & SMOKE BOMB
Penyalaan suar(flare) atau pun bom asap hanya perlu bila mendapat arahan dari ketua. Jangan memandai-mandai untuk bakar sendiri. Bila ditangkap pihak berkuasa kami tidak akan bertanggungjawab.
Kalau nak bakar sendiri pergi sertai kumpulan lain dan tempat lain. Kami tidak mahu cara sokongan ini "well organized" baru orang tidak akan pandang serong. Sebab itu serahkan pada yang arif tentang bab ini. Dan jangan lupa, untuk tidak melempar flare ini ke padang dan pastikan flare ketika dibakar tidak dihalakan kepada saudara seultras kita. Pastikan yang memegang flare berada paling hadapan, kerana percikan flare dapat melubangkan pakaian kesayangan anda,dan berbahaya kepada mata sekiranya serpihan atau percikan terkena mata.

13. Sila patuhi arahan semua diatas, barulah anda layak digelar seorang ULTRAS!

Olahan semula dari artikel Arif Billah,Ultras Malaya.

No comments:

Post a Comment