Monday, March 7, 2011

Matchday PL 2011 - 11 Mac 2011 JOHOR vs USM FC


Matchday Premier League 2011
JOHOR FA VS USM FC
11 Mac 2011,Jumaat
8.45 PM
Stadium Larkin

STU akan berada di Curva Laken,curva yang diberi nama untuk menjadi habitat STU setiap kali HOME GAME Johor.
Untuk yang berminat mahu memberikan sokongan seperti kami,tapi
berasa malu,harapnya dibuang perasaan itu kerana kami manusia seperti anda juga.
Cuma membezakan kami adalah semangat menyokong secara tegar tanpa mengira pasukan tercinta kalah apatah lagi di waktu menang.

Di mana curva Laken?
Cari sahaja banner Ultras Johor kami,dan jika anda terlihat sekumpulan pemuda dengan mafla, bendera gergasi Johor mahupun jalur biru merah,dan bergendang,berdiri 90minit, itulah kami Ultras Johor yang juga dikenali sebagai Southern Troop Ultras.

STU in action di Curva Laken

Lead atau capo untuk perlawanan ini adalah Mohd Faizal(akaun FB). Konvoi dari Kl akan diterajui oleh saudara Faizal juga. Sekiranya korang berada di Lembah Klang dan nak join, send personal message pada Mohd Faizal di Facebook(FB).
Setakat yang diberitahu, konvoi akan bermula pada pukul 3 petang. Tempat masih belum diputuskan,apa-apa pun boleh personal message pada Mohd Faizal.

No comments:

Post a Comment