Saturday, March 19, 2011

FA Cup Q-Final 2nd Leg 19 Mac 2011 JohorFA vs Selangor

FA Cup Q-Final 2nd Leg 19 Mac 2011 JohorFA vs Selangor

Stadium Larkin
8.45pm

STU sekali lagi turun untuk sama-sama menyokong pasukan tercinta.
Walaupun keputusan tidak memihak pada Johor,sekali lagi tewas kali dengan angka 1-2 kepada Selangor menjadikan agregat 2-5 namun STU harap pemain tidak kecewa sebaliknya berusaha lebih gigih agar kedudukan di Liga Perdana pula dapat diperbaiki.

Aku tidak dapat turun ke Larkin pada hari ini sungguhpun telah diberi pelepasan oleh team lead aku supaya aku tidak perlu menggantikan orang pada waktu off-shift dek kerana keluarga mentua aku yang datang sempena cuti sekolah. Apa pun, Pejal telah turun ke Larkin bersama beberapa troopers dari Lembah Klang.
Apa pun,kita tunggu sebarang gambar atau video dari perlawanan ini.

Sunday, March 13, 2011

FA Cup Q-Final 1st Leg 15 Mac 2011 Selangor vs JohorFA

FA Cup Q-Final 1st Leg 15 Mac 2011 Selangor vs JohorFA

Stadium Shah Alam
15 Mac 2011 8.45pm

Adib,troopers STU akan berada di kawasan kaunter gate belah Giant Hypermarket seawal 6.30 petang.
Sesiapa yang berminat, boleh contact Adib di Facebook,iaitu Mohd Adib untuk arrangement dan sama-sama membantu untuk pemasangan banner.
Sekiranya lambat tapi masih mahu memberikan kudrat untuk sokong bersama kami,sebagai penyokong tegar, tanpa ambil pusing keputusan muktamad perlawanan, jangan segan untuk turut serta.
Hanya perlu cari banner Ultras Johor,apa yang anda perlu buat,berdiri dan sokong menyanyi selama 90 minit untuk pasukan Johor tercinta.


Monday, March 7, 2011

Menjadi Seorang Ultras

Menjadi Seorang Ultras, Bagaimana?

Ramai yang masih tertanya-tanya bagaimanakah hendak menyertai Ultras ini, adakah perlukah mengisi borang? Perlukah yuran keahlian? Dan bermacam-macam lagi.

Ultras ini dipelopori oleh Ultras Malaya,dan STU(Southern Troop Ultras) aka Ultras Johor yang juga panji Ultras Malaya ini terbuka kepada semua pencinta bola sepak tempatan.

Kriteria yang diperlukan untuk menjadi seorang yang berjiwa ULTRAS ialah dengan:

1. PAKAIAN
Sentiasa memakai pakaian yang berindentitikan pasukan yang disokong. Pendek kata jersey Johor sekiranya perlawanan melibatkan JohorFA dan jersi JohorFC sekiranya ianya JohorFC.
Jika tiada,pakai tshirt berwarana biru melambang Johor atau oren bagi lambang identiti JohorFC.
atau,bolehlah memakai pakaian yang berwarna hitam (Hitam sinonim dengan pergerakkan ULTRAS).
DiHARAMKAN sama sekali untuk memakai jersey pasukan/kelab LUAR NEGARA.
Ingat kita datang untuk menyokong pasukan Johor\JohorFC atau MP Muar,bukan Chelshits, Mengyu, Arsengal atau hatta Liverfools. Kalau ada ternampak,aku tak akan teragak-agak untuk menghalau orang yang memakai jersi ini dari Curva STU!

2. MAFLA
Sila bawa MAFLA/SCARF. Mafla merupakan ciri-ciri penting seorang ULTRAS. Mafla penting untuk kita melakukan pelbagai aksi dan gaya sokongan(TIFO dan Choreo) apabila kita di stadium kelak.

3.
BENDERA
Satu elemen penting.
Samada ianya bendera negeri,atau kelab atau pun bendera yang mempunyai jalur warna identiti pasukan.

4. KASUT
Sila pakai kasut. Benda ini wajib untuk sebagai imej penyokong yang yang berpakaian kemas dan cantik atau faktor keselamatan juga. NO SELIPAR dan SANDALS.

5. BERDIRI
sebagai seorang ULTRAS, mereka perlu berdiri sepanjang 90 minit perlawanan. Ini adalah cara sokongan semua ULTRAS di seluruh dunia.

6. MENYANYI(chants)
Kita perlu menyanyi tanpa henti sepanjang 90 minit perlawanan berlansung tanpa dipengaruhi apa jua keputusan. ULTRAS menyanyi berpandukan Chants/Lagu yang diarahkan dan diketuai oleh Capo ULTRAS.

7. PATUHI ARAHAN KETUA(CAPO)
Di stadium, ULTRAS sentiasa patuh pada arahan CAPO.
CAPO ini yang akan bertindak selaku ketua untuk memberikan arahan dan gaya bentuk sokongan(choreo\tifo) kepada pasukan. CAPO jugalah akan mengetuai nyanyian Chants/Lagu

8. CURVA
Apabila berada di dalam stadium, ULTRAS akan memilih untuk duduk dikawasan berhampiran belakang sisi pintu gol, dinamakan CURVA. CURVA inilah tempat yang paling sesuai dan selamat untuk menjalankan aktiviti ULTRAS yang aggresif. Curva jauh daripada penonton biasa, golongan keluarga dan kanak-kanak.

9. DILARANG MEMBALING SEBARANG OBJEK
Sila menjadi penyokong yang berdisplin.
Jaga tingkah laku anda. Jaga imej penyokong ULTRAS.
Jangan sesekali cuba membaling object ke dalam balapan, longkang mahupun padang.
Tingkah laku ini hanya dilakukan oleh PENYOKONG BODOH lagi tak BERTAMADUN. Mereka ini semua adalah LALANG di stadium, sila jauhi sikap buruk ini. Jikalau anda gagal mematuhi, tidak sekali-sekali untuk tidak teragak-agak untuk menangkap dan menghantar anda kepada pihak bertanggunjawab.

10. EMOSI
Sebagai seorang yang berjiwa ULTRAS paling penting untuk menjaga emosi! Walaupun pasukan kita bermain tidak seperti yang diharapkan mahupun keputusan yang tidak memihak kepada kita, tetapkan sokongan tidak berbelah bahagi kepada pasukan walau apa jua keadaan. Nyanyian lagu-lagu semangat penting untuk menaikkan semangat juang dan moral pemain.

11. AMBIL TEMPAT
Bila duduk bersama kami sila ambil tempat masing-masing iaitu dikawasan kerusi tempat duduk penonton, bukannya bersidai di kaki lima. Tempat itu khas untuk Capo Ultras dan orang-orang kuat Ultras untuk ketuai nyanyian dan formasi pergerakkan. Pastikan berdiri rapat antara satu sama lain dan posisi selesa antara orang yang bersebelahan anda ditakuti tangan terkena kepala member atau apa sahaja.

12. FLARE & SMOKE BOMB
Penyalaan suar(flare) atau pun bom asap hanya perlu bila mendapat arahan dari ketua. Jangan memandai-mandai untuk bakar sendiri. Bila ditangkap pihak berkuasa kami tidak akan bertanggungjawab.
Kalau nak bakar sendiri pergi sertai kumpulan lain dan tempat lain. Kami tidak mahu cara sokongan ini "well organized" baru orang tidak akan pandang serong. Sebab itu serahkan pada yang arif tentang bab ini. Dan jangan lupa, untuk tidak melempar flare ini ke padang dan pastikan flare ketika dibakar tidak dihalakan kepada saudara seultras kita. Pastikan yang memegang flare berada paling hadapan, kerana percikan flare dapat melubangkan pakaian kesayangan anda,dan berbahaya kepada mata sekiranya serpihan atau percikan terkena mata.

13. Sila patuhi arahan semua diatas, barulah anda layak digelar seorang ULTRAS!

Olahan semula dari artikel Arif Billah,Ultras Malaya.

Matchday SL 2011- 11 Mac 2011 JohorFC vs KL


Johor FC lwn Kuala Lumpur
11 Mac 2011 Jumaat,8.45 mlm
Stadium Jcorp,Pasir Gudang

STU akan berada di Sarang Lebah,curva yang diberi nama untuk menjadi habitat STU setiap kali HOME GAME JohorFC di Pasir Gudang.
Untuk yang berminat mahu memberikan sokongan seperti kami,tapi
berasa malu,harapnya dibuang perasaan itu kerana kami manusia seperti anda juga.
Cuma membezakan kami adalah semangat menyokong secara tegar tanpa mengira pasukan tercinta kalah apatah lagi di waktu menang.

Di manakah Sarang Lebah ini?


Curva ini terletak di teres bersebelahan dengan score board.
Atau,
Cari sahaja banner Ultras Johor kami,dan jika anda terlihat sekumpulan pemuda dengan mafla, bendera gergasi Johor mahupun jalur biru merah,dan bergendang,berdiri 90minit, itulah kami Ultras Johor yang juga dikenali sebagai Southern Troop Ultras

Lead atau capo untuk perlawanan ini adalah Mohd Adib(akaun FB). Konvoi dari Kl akan diterajui oleh saudara Mohd Faizal(FB) dan Adib juga. Sekiranya korang berada di Lembah Klang dan nak join, send personal message pada Mohd Faizal di Facebook(FB) dan Adib.
Setakat yang diberitahu, konvoi akan bermula pada pukul 3 petang. Tempat masih belum diputuskan,apa-apa pun boleh personal message pada mereka berdua.

Matchday PL 2011 - 11 Mac 2011 JOHOR vs USM FC


Matchday Premier League 2011
JOHOR FA VS USM FC
11 Mac 2011,Jumaat
8.45 PM
Stadium Larkin

STU akan berada di Curva Laken,curva yang diberi nama untuk menjadi habitat STU setiap kali HOME GAME Johor.
Untuk yang berminat mahu memberikan sokongan seperti kami,tapi
berasa malu,harapnya dibuang perasaan itu kerana kami manusia seperti anda juga.
Cuma membezakan kami adalah semangat menyokong secara tegar tanpa mengira pasukan tercinta kalah apatah lagi di waktu menang.

Di mana curva Laken?
Cari sahaja banner Ultras Johor kami,dan jika anda terlihat sekumpulan pemuda dengan mafla, bendera gergasi Johor mahupun jalur biru merah,dan bergendang,berdiri 90minit, itulah kami Ultras Johor yang juga dikenali sebagai Southern Troop Ultras.

STU in action di Curva Laken

Lead atau capo untuk perlawanan ini adalah Mohd Faizal(akaun FB). Konvoi dari Kl akan diterajui oleh saudara Faizal juga. Sekiranya korang berada di Lembah Klang dan nak join, send personal message pada Mohd Faizal di Facebook(FB).
Setakat yang diberitahu, konvoi akan bermula pada pukul 3 petang. Tempat masih belum diputuskan,apa-apa pun boleh personal message pada Mohd Faizal.

Friday, March 4, 2011

Matchday JohorFC 4 Mac 2011-FA CUP : Johor FC 0-1 Kelantan

Matchday JohorFC 4 Mac 2011-FA Cup


Terima kasih pada yang hadir malam tadi.....terutama kat adik2 yang baru join malam tadi.....korang semua memang terbaik walaupun team ketinggalan..player kena red card...dan beberapa insiden yang menyakitkan hati....buat 2 crew yang kena tahan semalam....salute abes kat korang berdua...USAH GENTAR MENGHADAPI CABARAN......

Gambo2 ader kat dlm FB Ultras Johor :


Thursday, March 3, 2011

Matchday PL 25 Feb 2011 Polis vs JohorFA

Premier League Fixture
Polis 5-3 JohorFA
Stadium Paroi, Seremban
N.Sembilan




































Ulasan akan aku tambah,possibly esok
Apologize sebab kelewatan update,maklum hectic schedules
Apapun,enjoy with photos yang aku taken during the match
As usual ade isu birokrasi kat stadium
Paling utama,mewakili STU
aku ucapkan terima kasih tak terhingga pada Ultras No9ori yang memberikan sokongan kepada kami untuk match ini
Terima Kasih!


UPDATE: Maklumat tentang perlawanan ini

Aku,Adib dan hafiz dari Southern Troop Ultras aka Ultras Johor tiba lewat,betul-betul semasa referee tiup wisel menandakan 1st half habis.
Ada masalah2 teknikal yang tak dapat dielakkan menyebabkan kelewatan kami.
Semasa kami tiba di Stadium Paroi, Johor telah ketinggalan dengan 1-3 kepada Polis.
Bob dan Rizal(ultras taming sari) yg datang dari Melaka sampai lebih awal,sejak mula perlawanan.

Birokrasi management Stadium sekali lg menyulitkan STU
Masakan tidak,kaunter tiket dah tutup,tapi kami dipaksa untuk beli tiket dahulu baru boleh masuk untuk menuju ke teres Bob dan Rizal pilih sebagai curva perlawanan malam tadi.
Rasa macam nak humban ajer drum kat kepala orang-orang stadium yang jaga gate tadi
Siap tanya kenapa lambat?
aku jawab,nih bukan masalah aku lambat atau apa,kami dari Johor,kan ari nih bekerja,ingat dekat ke?
Apa ingat kami x bekerja,sengaja dtg lambat?
kalau nk suruhh beli tiket,kami memang berduit,tp kalau dah kaunter tiket dh tutup,bagaimana lg kami mau beli?dan automatically bagaimana nak masuk stadium?
Terdiam member tuh....masa tuh adib tengah slow talk lagi 1 orang yg jaga pagar di Gate 11.
BODOH!!!!! Memang bodoh.

Sangat-sangat berterima kasih kepada Ultras Nogori dalam 5 orang,oh aku x dpt nak recall nama2 dorang,sori sangat...
Tak lupa juga Rizal dari Ultras Taming Sari(Ultras Melaka)
Memang havoc,dan orgasme jugak sebab selain chants,2 flare berjaya dibakar,dan choreo-choreo menarik kami buat.
Cuma tak dapat aku nak rakam sebab masa tuh aku jadik drummer.

Johor dapat menyamakan kedudukan 3-3,masa tuh aku orgasm sekali lagi.
mana taknya,kami sampai kedudukan masa tuh Johor ketinggalan 1-3,jadi kehadiran kami sedikit sebanyak memberikan semangat pada dorang
Apatah lagi chants tanpa henti STU.
namun,kesilapan GK dan pertahanan yg alpa,meranapkan harapan Johor malam tadi
Apapun,semangat pemain dipuji,dan sokongan dari seluruh Johor amatlah ditagih
Tak kiralah anda Ultras atau Bukan...
Ini tanggungjawab kita bersama!

Matchday JohorFC 4 Mac 2011-FA Cup

FA Cup JohorFC vs Kelantan
Jcorp Stadium
4 Mac 2011,8.45pm

Untuk troopers STU dan sesiapa yang ingin turut serta
korang boleh tunggu di parkir kereta pukul 6.30pm
dan tunggu ketibaan Pejal dan Adib
Atau,boleh terus ke Curva Sarang Lebah
iaitu teres bersebelahan scoreboard.

Peringatan:
1]Dilarang sebarang pemakaian jersi EPL,dan liga2 luar. Make sense sebab korang datang atas nama JohorFC!

2]Kemas dan berdisiplin. Iaitu dengan memakai kasut, berdisiplin ketika di curva.
Berdisiplin bermaksud tidak memaki hamun pemain pasukan yang kita sokong,dan tidak melontar sebarang objek ke padang. Ini bukan attitude seorang ULTRAS.

3]Ikut arahan CAPO.
Capo adalah orang-orang yang berada di hadapan korang dan biasanya memakai haler.
Ikuti arahan CAPO sewaktu chants agar choreo nampak lebih tersusun.