Wednesday, January 5, 2011

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN ULTRAS MALAYA FUTSAL CHAMPIONSHIP 2011 EDISI 1

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Diminta kesemua 8 pemain yang disenaraikan untuk bermain di bawah panji STU,diminta untuk menyemak checklists seperti dinyatakan di bawah.

1]Aku
2]Adib
3]Amer
4]Muhaimin
5]Peyjal
6]Salleh
7]Ayop
8]Idan


Kepada crew STU yang berada di Lembah Klang walaupun anda tiada dalam senarai pemain atau pada orang Johor yang ingin mengenali lebih dekat APA ITU ULTRAS,saya menyeru anda semua untuk datang untuk memberikan sokongan kepada yang mewakili STU ini.

Sorakan juga akan dinilai dan diberikan hadiah kepada PEMENANG kerana ini adalah sebahagian daripada elemen Ultras yang tidak bolah dipisahkan.
Untuk itu,penting untuk crew STU yang lain hadir dan untuk yang masih baru atau ingin kenal lebih dekat apa itu ULTRAS,boleh datang dan bukan setakat datang tapi bersorak seperti anda di stadium.(bukan ketika menonton opera cina atau hanya makan pop-corn di cineplex-cineplex terdekat di rumah anda)

Berikut adalah senarai untuk perhatian crew STU yang mewakili STU di Kejohanan Futsal nanti:

1]Pastikan hadir pada pukul 2.30pm semasa hari pertandingan.

2]Sudah membuat pembayaran kepada "Capo" Mohd Adib Bin Buang,Maybank 162106794309 selewat-selewatnya pada pukul 10malam ini,6 Januari 2010.Jumlah hanya RM15 setiap seorang. Kegagalan crew STU membuat pembayaran boleh menyebabkan STU menerima tindakan keras dari Panji Ultras Malaya.

3]Kelengkapan futsal seperti baju biru(bukan ditaja seluar sukan,dan kasut sukan yang sesuai untuk bermain futsal.(reminder ini untuk yang jarang bermain futsal)

4]Sekiranya tidak cergas,diminta untuk hadir semasa game Futsal esok malam di Putrajaya(details check di FB STU kita)

Pemain-pemain juga harus meneliti peraturan dan lokasi Ultras Malaya Futsal Championships ini.


UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN ULTRAS MALAYA FUTSAL CHAMPIONSHIP 2011 EDISI 1

TEMPAT: Kompleks Futsal Triways Shah Alam (Court FIFA)
TARIKH: 8 Januari 2011 (Sabtu)
MASA: 4 petang – 7 malam
MASA PENDAFTARAN: 3 petang – 3.30 petang
YURAN PENDAFTARAN: RM100 sepasukan(dipinda kepada RM120)


UNDANG-UNDANG
Kejohanan ini akan dipertandingkan mengikut Undang-undang Persatuan Bolasepak Antabangsa (FIFA) dan juga Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang sedang berkuatkuasa masa kini.

FORMAT KEJOHANAN
1. Pertandingan akan dijalankan secara liga. 2 pasukan yang menduduki 2 tempat teratas liga layak ke Perlawanan Akhir bagi menentukan Johan & Naib Johan.

2. Masa perlawanan adalah selama 15 minit iaitu 7 minit pada separuh masa pertama dan 7 minit pada separuh masa kedua termasuk 1 minit masa rehat.

3. Sekiranya berlaku keputusan seri pada Perlawanan Akhir, kemenangan akan ditentukan melalui sepakan penalti (3 pemain).


SYARAT PENYERTAAN

1. Terbuka hanya kepada 5 pasukan iaitu Ultras Malaya (pemain dari penyokong negeri tiada Ultras), Silver State Ultras (Ultras Perak), Ultras Kedah, Southern Troop Ultras (Ultras Johor), ultraSel (Ultras Selangor).

2. 8 pemain sahaja boleh didaftarkan. Pemain yang layak bermain dalam kejohanan ini, mestilah dikalangan thru Ultras Malaya. Pemain dari Ultras Negeri-negeri lain yang bukan thru Ultras Malaya tidak dibenarkan bermain. Pemain setiap pasukan mestilah mengisi borang lengkap yang disediakan berserta nama ID Facebook. ID mereka akan disemak oleh penganjur melalui Facebook Ultras Malaya. Jika berlaku sebarang penipuan di hari kejohanan pasukan akan didenda.

3. Anugerah Pemain Terbaik & Penjaga Gol Terbaik akan ditentukan oleh pihak penganjur 'pihak neutral'.

4. Anugerah Ultras Terbaik hanya layak dimenangi oleh Ultras Negeri (SSU, STU, UK & US). 'Pihak neutral' akan menentukan Ultras yang layak menang mengikut ciri-ciri chants, coreo & sebagainya. Flare, smokebomb, mercun, bunga api & sebarang bahan mudah terbakar dilarang. Mata akan ditolak jika Ultras melanggar peraturan atau syarat-syarat yang telah ditentukan.

5. Pengurus yang layak menguruskan pasukan masing-masing:
i) Ultras Malaya: Freddie Marciano & Dinie Asyraf
ii) SSU: Mohd Azrul & Alexander Razmi
iii) STU: Afham Sani & Mohd Adib
iv) Ultras Kedah: Wahazir Wahabi & Sharrul Baharum
v) ultraSel: Pablo Tiger & Tom Kucar Kacir

6. Setiap Ultras hanya dibenarkan mendaftar 1 pasukan sahaja.

7. Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 6 Januari 2011, 11 malam. Borang penyertaan
berserta yuran pendaftaran RM120.00 perlu di submit kepada pihak penganjur pada tarikh dan sebelum masa yang telah ditetapkan.

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
1. Semua jadual perlawanan akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Penganjur Kejohanan.

2. Semua pasukan dikehendaki berada dan sedia untuk bermain di tempat pertandingan 30 minit sebelum perlawanan dimulakan.

3. Tempoh masa menunggu adalah 5 minit daripada masa yang dijadualkan dan mana-mana pasukan yang melanggar peraturan akan dikira kalah. Pasukan lawan mendapat kemenangan 2-0.

4. Pihak penganjur berhak dan berkuasa menangguhkan atau mengubah sesuatu perlawanan dengan memaklumkan kepada pasukan yang terlibat atau diputuskan dengan serta merta tanpa diberitahu terlebih dahulu.

5. Semua pemain di wajibkan berpakaian sukan yang sesuai dan tidak dibenarkan merokok, makan dan minum di kawasan pertandingan.

6. Hanya pemain-pemain yang didaftarkan dalam Borang Penyertaan sahaja dibenarkan bermain di sepanjang pertandingan ini.

7. Setiap pasukan boleh membuat bantahan secara bertulis dengan menyertakan wang cagaran bantahan sebanyak RM 50.00, tidak lewat dari 30 minit selepas permainan
yang dibantah itu tamat.

8. Bantahan akan didengar oleh Jawatankuasa Rayuan di bawah Jawatankuasa Kecil Teknikal dan Pengadilan. Keputusan jawatankuasa ini adalah muktamad.

9. Sekiranya bantahan atau rayuan itu benar dan diterima oleh Jawatankuasa , maka wang cagaran itu akan dikembalikan dan satu keputusan akan dibuat oleh pihak penganjur berhubung dengan rayuan atau bantahan tersebut.

10. Wang cagaran akan hilang dan menjadi hak Ultras Malaya sekiranya rayuan atau bantahan ditolak oleh Jawatankuasa Rayuan.

11. Syarat-syarat atau peraturan di atas boleh diubah atau ditambah oleh penganjur tanpa perlu memaklumkan kepada pasukan-pasukan yang bertanding.

12. Segala keputusan oleh pihak penganjur adalah muktamad.

Sekian,
Capo Am

No comments:

Post a Comment