Friday, January 7, 2011

Southern Troop @Ultras Johor semasa Final AFF Suzuki Cup 1st Leg

Southern Troop Ultras @Ultras Johor turut ada memberikan sokongan di bawah panji Ultras Malaya semasa AFF Cup Final tempoh hari

Dari kanan adalah tunjang STU iaitu Aizad, Capo Am, Zaki dan kawan kepada Capo Am

Pendokong aspirasi Ultras untuk negeri Johor, Southern Troop Ultras (STU)

STU nama ringkas bagi Southern Troop Ultras walaupun masih lagi kecil dalam kuantitinya, namun berbekalkan crew yang sedia ada turut sama menggempur Stadium Nasional Bukit Jalil semasa 26 Disember itu hari.

Apa yang dikesalkan walau atas sebab tak dielakkan,kebanyakan crew terpisah semasa di stadium dek penangan kesemua bahagian penuh.

Lebih diharapkan juga kesemua rakyat Johor mampu di duduk di satu teres dan bersatu menyokong secara tersusun (choreo) satu hari nanti bukan hanya datang bersorak ketika pasukan disokong menjaringkan gol namun ketika bad time,iaitu ketika pasukan disokong di ambang kekalahan atau tidak bermain seperti diharapkan,barulah suara dapat didengari dari mulut anda semua sungguhpun ia hanyalah makian semata. Jika tidak,apa yang dilakukan kebanyakan penonton adalah ibarat menonton opera cina atau ibarat menikmati bertih jagung aka Pop-corn ketika menonton filem Harry Potter atau Jangan Pandang Belakang.
Jika ini yang anda lakukan,maka anda pasti tersilap tempat.


STU menyeru agar lebih ramai yang mampu bergerak bersama kami, samada ketika perlawanan membabitkan negara tercinta,malah kepada pasukan Johorfc dan juga pasukan-pasukan yang membawa nama Johor seperti Johor sendiri,dan juga MP Muar yang keduanya akan beraksi di Liga Perdana musim 2011 ini.
Penting bagi mereka ini yang berminat,untuk tahu apa itu Ultras, bagaimana cara paling mudah untuk menjadi sebahagian dari Ultras,samada di Stadium mahupun di luar stadium,iaitu bersorak dan berdiri sepanjang perlawanan dilangsungkan.

Mungkin masih ada yang keliru,apa fungsi STU ini kepada gerakan menyokong tanahair, namun bagi yang sudah melihat gerakan Ultras dipelopori oleh Ultras Malaya,bapa kami,maka mudah sekali untuk memahami kewujudan STU ini.

Namun bagi yang masih lagi dalam kekelabuan, ia ibarat JohorFC.com adalah puak kanan penyokong, STU adalah puak radikal yang esktrim dalam menyokong kerana ekstrimnya tidak semua mampu memberikan komitmen berdiri dan ketiadaan suara dek sepanjang 90 minit tanpa rehat walau semasa tempoh rehat antara separuh masa pertama dan kedua sekalipun.

Inilah yang dimaksudkan dengan ekstrim,tanpa meninggalkan unsur-unsur penuh adat ketimuran yang terkenal . Inilah yang cuba dibawa kesemua gerakan Ultras di bawah panji Ultras Malaya.

Ayuh,kesemua crew STU,jangan patah semangat untuk menyebarkan ideologi menyokong secara tegar iaitu ULTRAS dan kepada yang masih baru dan terkesima untuk memberikan komitmen anda,kedua tapak tangan kami berikan dari STU.
Untuk yang berminat,boleh add kepada FB group Johor Ultras-Southern Troop.

-Capo Am-

No comments:

Post a Comment