Monday, January 31, 2011

Southern Troop @Ultras Johor pada 29 dan 31 Jan 2011

Seperti dirancangkan,maka Southern Troop Ultras(STU) telah ada untuk menyokong untuk dua perlawanan berbeza yang dilangsungkan di Jcorp Stadium Pasir Gudang.
1 semasa perlawanan Super League iaitu pada 29 Jan 2011 membabitkan JohorFC vs Felda dan kemudiannya pada 31 Jan 2011 membabitkan Johor vs Pos Malaysia.

Berikut adalah sebahagian aksi-aksi yang disempat diambil melalui lensa kamera semasa kedua-dua perlawanan tersebut.

JohorFC vs Felda United, 29 Januari 2011 (Sabtu)
Jcorp Stadium Pasir Gudang



Terima Kasih tidak terhingga kepada semua yang sanggup SETIA pada CURVA walaupun hujan turun dengan lebatnya,syukur rasanya tiada yang demam mahupun disambar kilat.Kalau ada guruh,cepat-cepatlah selamatkan diri ke tempat yang teduh,ok?
Apa pun,terima kasih pada saudara Zaki Rashid dan Amirul Asraf kerana berjaya mengepalai STU pada malam itu.

Johor vs Pos Malaysia,31 Januari 2011 (Isnin)
Jcorp Stadium Pasir Gudang





Terima Kasih pada saudara Adib yang bertindak sebagai CAPO untuk perlawanan ini dan usaha penat lelah saudara Pejal(Mohd Faizal) untuk banner GERGASI Ultras Johor.
Untuk makluman,kos banner tersebut telah ditampung sepenuhnya oleh beliau.
Aku terharu,terima kasih banyak-banyak.
Semoga STU lebih berkembang dan mempunyai crew yang komited seperti Zaki,Amirul,Adib dan Faizal.

Untuk yang baru menghadirkan diri di bawah panji STU@Ultras Johor,teruskan bersama kami!


No comments:

Post a Comment