Saturday, January 22, 2011

Perlawanan melibatkan JohorFA, JohorFC dan MP Muar

Jadual perlawanan untuk Liga Super 2011
Pasukan terlibat adalah JohorFC

Jadual perlawanan Liga Premier 2011
Melibatkan pasukan JohorFA dan MP Muar

Southern Troop Ultras (STU) akan cuba untuk menghadiri seberapa banyak perlawanan melibatkan pasukan-pasukan yang membawa panji negeri Johor.

Namun,kami faham bahawa dengan crew\troopers kami yang masih lagi kecil,dalam lingkungan 10-15 orang adalah sangat mustahil untuk hadir kesemua perlawanan. Maka, realistiknya STU akan memilih beberapa perlawanan agar kehadiran STU dirasai oleh pemain-pemain bagi pasukan JOHORFC, JOHORFA, dan MP MUAR

Nantikan sahaja pengumuman perlawanan yang akan kami hadiri samada di sini, atau di FB Group STU iaitu Ultras Johor -Southern Troop Ultras mahupun di section ultras di Ultrasmalaya.net

Bagi yang mahu menyertai kami, tiada bayaran yang kami pinta, apa yang kami seru adalah dalamilah apa itu ULTRAS atau elemen-elemen sebagai PENYOKONG TEGAR ini dalam istilah Melayunya. Usaha kami murni, tidak akan pernah berubah walau pasukan tercinta kalah 100-0,kami tetap di belakang pasukan-pasukan ini dan tidak akan pernah berhenti bersorak.(
Boleh lihat di sini untuk mendalami elemen-elemen Ultras di sini,klik ini)

Kerana sekiranya itu berlaku,kami tidak layak bergelar Ultras,tapi hanyalah penonton wayang Opera Cina atau ibarat menonton wayang gambar Harry Potter 7: Deathly Hallows mahupun Transformer 3 sambil mengunyah bertih jagung tanpa ada perasaan kesima ketika berada di stadium.


No comments:

Post a Comment