Wednesday, January 26, 2011

Curva STU di Jcorp Stadium

Keputusan telah dikeluarkan!



Inilah CURVA STU di JCorp Stadium,Pasir Gudang. Jumpa anda di sana!


Setelah berminggu membuat perbincangan di forum Ultrasmalaya.net dan juga di Facebook group STU iaitul Ultras Johor -Southern Troop Ultras maka sebulat suara semua telah bersetuju memilih
seat bersebelahan dengan papan mata(scoreboard) dan membelakangkan pintu gol.

Curva ini masih lagi belum diberi nama dan masih juga dalam perbincangan.

Kenapa seat ini telah dipilih?
1 permasalahan di JCorp adalah gendang,atau apa-apa elemen Ultras kecuali mufla adalah dilarang,jadi membataskan perasaan gerun yang cuba Ultras bawa untuk pasukan lawan.
Atas dasar inilah,maka perbincangan pemilihan CURVA ini perlu dilakukan supaya mudah bagi kita berkumpul di dalam stadium dan kelak umum akan mengenali tempat\teres\CURVA itu sudah sinonim kepada Ultras,dalam konteks ini Southern Troop Ultras. Kedua,di teres bertentangan dengan Grandstand sudah dihuni oleh Kelab Kompang JohorFC,yang rata-rata bersorak,bergendang dan berkompang sambil duduk.Aku tak nampak mereka akan menyambut baik usaha kita seperti Roslan(presiden efans JohorFC.com)

Setakat ini antara cadangan adalah berserta dengan penjelasan
  1. North Stand @North Hive - faktor lokasi teres yang dipilih berada paling utara dari google maps.
  2. N12 - N adalah kata ringkas 'End' yang bermaksud paling penghujung.Manakala 12 melambangkan kekuatan yang akan dimainkan oleh STU sebagai pemain ke12.
  3. Lebah Stand - Lebah kerana maskot JohorFC adalah Lebah.
  4. Sarang Lebah - Sarang kerana Curva ini adalah ibarat sarang\markas bagi STU untuk setiap perlawanan melibatkan JohorFC.

No comments:

Post a Comment