Monday, January 31, 2011

KOMPLOT ULUNG STU 6/02/2011

Korang nak sangat gathering\komplot kan?
Nah ambil nih....

Day\Date\Time
Sunday, February 6 · 2:00pm - 3:00pm

Location:

Stadium Bukit Jalil (Pentas sebelah Foodcourt-tempat di mana Ultras Malaya CHANTS sebelum CORTEO ke Stadium)


Tempat secara terperinci:
Pentas di mana Ultras Malaya melakukan CORTEO sebelum masuk ke Stadium


Agenda:
Latihan CHANTS dan CHOREO


Untuk rakyat Johor yang berada di Lembah Klang, harap boleh melapangkan masa agar semasa 11/2.2011 nanti iaitu pada perlawanan Sime Darby vs Johor di MBPJ Stadium,Kelana Jaya nanti, kita STU@Ultras Johor dapat melakukan CHANTS dan CHOREO secara tersusun.

Terima Kasih

Southern Troop @Ultras Johor pada 29 dan 31 Jan 2011

Seperti dirancangkan,maka Southern Troop Ultras(STU) telah ada untuk menyokong untuk dua perlawanan berbeza yang dilangsungkan di Jcorp Stadium Pasir Gudang.
1 semasa perlawanan Super League iaitu pada 29 Jan 2011 membabitkan JohorFC vs Felda dan kemudiannya pada 31 Jan 2011 membabitkan Johor vs Pos Malaysia.

Berikut adalah sebahagian aksi-aksi yang disempat diambil melalui lensa kamera semasa kedua-dua perlawanan tersebut.

JohorFC vs Felda United, 29 Januari 2011 (Sabtu)
Jcorp Stadium Pasir Gudang



Terima Kasih tidak terhingga kepada semua yang sanggup SETIA pada CURVA walaupun hujan turun dengan lebatnya,syukur rasanya tiada yang demam mahupun disambar kilat.Kalau ada guruh,cepat-cepatlah selamatkan diri ke tempat yang teduh,ok?
Apa pun,terima kasih pada saudara Zaki Rashid dan Amirul Asraf kerana berjaya mengepalai STU pada malam itu.

Johor vs Pos Malaysia,31 Januari 2011 (Isnin)
Jcorp Stadium Pasir Gudang





Terima Kasih pada saudara Adib yang bertindak sebagai CAPO untuk perlawanan ini dan usaha penat lelah saudara Pejal(Mohd Faizal) untuk banner GERGASI Ultras Johor.
Untuk makluman,kos banner tersebut telah ditampung sepenuhnya oleh beliau.
Aku terharu,terima kasih banyak-banyak.
Semoga STU lebih berkembang dan mempunyai crew yang komited seperti Zaki,Amirul,Adib dan Faizal.

Untuk yang baru menghadirkan diri di bawah panji STU@Ultras Johor,teruskan bersama kami!


Wednesday, January 26, 2011

Curva STU di Jcorp Stadium

Keputusan telah dikeluarkan!



Inilah CURVA STU di JCorp Stadium,Pasir Gudang. Jumpa anda di sana!


Setelah berminggu membuat perbincangan di forum Ultrasmalaya.net dan juga di Facebook group STU iaitul Ultras Johor -Southern Troop Ultras maka sebulat suara semua telah bersetuju memilih
seat bersebelahan dengan papan mata(scoreboard) dan membelakangkan pintu gol.

Curva ini masih lagi belum diberi nama dan masih juga dalam perbincangan.

Kenapa seat ini telah dipilih?
1 permasalahan di JCorp adalah gendang,atau apa-apa elemen Ultras kecuali mufla adalah dilarang,jadi membataskan perasaan gerun yang cuba Ultras bawa untuk pasukan lawan.
Atas dasar inilah,maka perbincangan pemilihan CURVA ini perlu dilakukan supaya mudah bagi kita berkumpul di dalam stadium dan kelak umum akan mengenali tempat\teres\CURVA itu sudah sinonim kepada Ultras,dalam konteks ini Southern Troop Ultras. Kedua,di teres bertentangan dengan Grandstand sudah dihuni oleh Kelab Kompang JohorFC,yang rata-rata bersorak,bergendang dan berkompang sambil duduk.Aku tak nampak mereka akan menyambut baik usaha kita seperti Roslan(presiden efans JohorFC.com)

Setakat ini antara cadangan adalah berserta dengan penjelasan
  1. North Stand @North Hive - faktor lokasi teres yang dipilih berada paling utara dari google maps.
  2. N12 - N adalah kata ringkas 'End' yang bermaksud paling penghujung.Manakala 12 melambangkan kekuatan yang akan dimainkan oleh STU sebagai pemain ke12.
  3. Lebah Stand - Lebah kerana maskot JohorFC adalah Lebah.
  4. Sarang Lebah - Sarang kerana Curva ini adalah ibarat sarang\markas bagi STU untuk setiap perlawanan melibatkan JohorFC.

Saturday, January 22, 2011

'Debut' STU untuk tahun 2011

Liga Super (Perlawanan 1)

29 Januari 2011(Sabtu)
JohorFC vs KL Felda United
Jcorp Stadium
8.45pm

Untuk perlawanan,STU telah memilih curva kami sendiri iaitu teres di belakang pintu gol dan membelakangkan papan skor 'scoreboard'.
Curva ini masih tiada nama dan ianya masih lagi dalam perbincangan.

Liga Premier(Perlawanan 1)

31 Januari 2011(Isnin)
JohorFA vs KL Pos Malaysia
Larkin Stadium
4.45pm

Perlawanan ini masih lagi tiada perkhabaran terkini samada masih akan bermain di waktu petang tatkala ramai di antara kita masih lagi di pejabat atau sedang bersiap untuk balik menempuh trafik yang sesak pada petang Isnin.

Untuk perkembangan terkini,boleh contact Capo perlawanan ini di Facebook iaitu Mohd Faizal dan Facebook group STU, Ultras Johor -Southern Troop Ultras

Perlawanan melibatkan JohorFA, JohorFC dan MP Muar

Jadual perlawanan untuk Liga Super 2011
Pasukan terlibat adalah JohorFC

Jadual perlawanan Liga Premier 2011
Melibatkan pasukan JohorFA dan MP Muar

Southern Troop Ultras (STU) akan cuba untuk menghadiri seberapa banyak perlawanan melibatkan pasukan-pasukan yang membawa panji negeri Johor.

Namun,kami faham bahawa dengan crew\troopers kami yang masih lagi kecil,dalam lingkungan 10-15 orang adalah sangat mustahil untuk hadir kesemua perlawanan. Maka, realistiknya STU akan memilih beberapa perlawanan agar kehadiran STU dirasai oleh pemain-pemain bagi pasukan JOHORFC, JOHORFA, dan MP MUAR

Nantikan sahaja pengumuman perlawanan yang akan kami hadiri samada di sini, atau di FB Group STU iaitu Ultras Johor -Southern Troop Ultras mahupun di section ultras di Ultrasmalaya.net

Bagi yang mahu menyertai kami, tiada bayaran yang kami pinta, apa yang kami seru adalah dalamilah apa itu ULTRAS atau elemen-elemen sebagai PENYOKONG TEGAR ini dalam istilah Melayunya. Usaha kami murni, tidak akan pernah berubah walau pasukan tercinta kalah 100-0,kami tetap di belakang pasukan-pasukan ini dan tidak akan pernah berhenti bersorak.(
Boleh lihat di sini untuk mendalami elemen-elemen Ultras di sini,klik ini)

Kerana sekiranya itu berlaku,kami tidak layak bergelar Ultras,tapi hanyalah penonton wayang Opera Cina atau ibarat menonton wayang gambar Harry Potter 7: Deathly Hallows mahupun Transformer 3 sambil mengunyah bertih jagung tanpa ada perasaan kesima ketika berada di stadium.


Monday, January 10, 2011

Aksi STU di Futsal Championship Ultras Malaya


Keputusan Kumpulan A - Southern Troop Ultras, Ultras Malaya & Ultras Kedah
Match 1: STU (1) - Ultras Malaya (1)
Match 2: STU (2) - Ultras Kedah (2)
Match 3: Ultras Kedah (2) - Ultras Malaya (2)
Playoff (penalti): Ultras Malaya (2) - STU (3)

Separuh Akhir: STU (2) - Ultras Kelantan-The Red Mania (4)

Akhir :

UltraSEL 0 - 3 Ultras Kelantan (The Red Mania)

TAHNIAH KEPADA PARA PEMAIN STU YANG TELAH MENGAMBIL BAHAGIAN... ANDA SEMEMANGNYA THE TRUE SOUTHERN ULTRAS!!!!

Johan : Ultras Kelantan-The Red Mania
Naib Johan : ultraSEL
Penjaring Terbanyak : Mohd Fahmi (Ultras Kedah) 3 gol
Penjaga Gol Terbaik : Muhammad Faiz (The Red Mania)
Pemain Terbaik : Mohd Shakran (The Red Mania)
Ultras Terbaik : Silver State Ultras
Tuan Rumah Edisi Ke 2 : Ultras Kelantan (The Red Mania)

Friday, January 7, 2011

Southern Troop @Ultras Johor semasa Final AFF Suzuki Cup 1st Leg

Southern Troop Ultras @Ultras Johor turut ada memberikan sokongan di bawah panji Ultras Malaya semasa AFF Cup Final tempoh hari

Dari kanan adalah tunjang STU iaitu Aizad, Capo Am, Zaki dan kawan kepada Capo Am

Pendokong aspirasi Ultras untuk negeri Johor, Southern Troop Ultras (STU)

STU nama ringkas bagi Southern Troop Ultras walaupun masih lagi kecil dalam kuantitinya, namun berbekalkan crew yang sedia ada turut sama menggempur Stadium Nasional Bukit Jalil semasa 26 Disember itu hari.

Apa yang dikesalkan walau atas sebab tak dielakkan,kebanyakan crew terpisah semasa di stadium dek penangan kesemua bahagian penuh.

Lebih diharapkan juga kesemua rakyat Johor mampu di duduk di satu teres dan bersatu menyokong secara tersusun (choreo) satu hari nanti bukan hanya datang bersorak ketika pasukan disokong menjaringkan gol namun ketika bad time,iaitu ketika pasukan disokong di ambang kekalahan atau tidak bermain seperti diharapkan,barulah suara dapat didengari dari mulut anda semua sungguhpun ia hanyalah makian semata. Jika tidak,apa yang dilakukan kebanyakan penonton adalah ibarat menonton opera cina atau ibarat menikmati bertih jagung aka Pop-corn ketika menonton filem Harry Potter atau Jangan Pandang Belakang.
Jika ini yang anda lakukan,maka anda pasti tersilap tempat.


STU menyeru agar lebih ramai yang mampu bergerak bersama kami, samada ketika perlawanan membabitkan negara tercinta,malah kepada pasukan Johorfc dan juga pasukan-pasukan yang membawa nama Johor seperti Johor sendiri,dan juga MP Muar yang keduanya akan beraksi di Liga Perdana musim 2011 ini.
Penting bagi mereka ini yang berminat,untuk tahu apa itu Ultras, bagaimana cara paling mudah untuk menjadi sebahagian dari Ultras,samada di Stadium mahupun di luar stadium,iaitu bersorak dan berdiri sepanjang perlawanan dilangsungkan.

Mungkin masih ada yang keliru,apa fungsi STU ini kepada gerakan menyokong tanahair, namun bagi yang sudah melihat gerakan Ultras dipelopori oleh Ultras Malaya,bapa kami,maka mudah sekali untuk memahami kewujudan STU ini.

Namun bagi yang masih lagi dalam kekelabuan, ia ibarat JohorFC.com adalah puak kanan penyokong, STU adalah puak radikal yang esktrim dalam menyokong kerana ekstrimnya tidak semua mampu memberikan komitmen berdiri dan ketiadaan suara dek sepanjang 90 minit tanpa rehat walau semasa tempoh rehat antara separuh masa pertama dan kedua sekalipun.

Inilah yang dimaksudkan dengan ekstrim,tanpa meninggalkan unsur-unsur penuh adat ketimuran yang terkenal . Inilah yang cuba dibawa kesemua gerakan Ultras di bawah panji Ultras Malaya.

Ayuh,kesemua crew STU,jangan patah semangat untuk menyebarkan ideologi menyokong secara tegar iaitu ULTRAS dan kepada yang masih baru dan terkesima untuk memberikan komitmen anda,kedua tapak tangan kami berikan dari STU.
Untuk yang berminat,boleh add kepada FB group Johor Ultras-Southern Troop.

-Capo Am-

Wednesday, January 5, 2011

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN ULTRAS MALAYA FUTSAL CHAMPIONSHIP 2011 EDISI 1

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Diminta kesemua 8 pemain yang disenaraikan untuk bermain di bawah panji STU,diminta untuk menyemak checklists seperti dinyatakan di bawah.

1]Aku
2]Adib
3]Amer
4]Muhaimin
5]Peyjal
6]Salleh
7]Ayop
8]Idan


Kepada crew STU yang berada di Lembah Klang walaupun anda tiada dalam senarai pemain atau pada orang Johor yang ingin mengenali lebih dekat APA ITU ULTRAS,saya menyeru anda semua untuk datang untuk memberikan sokongan kepada yang mewakili STU ini.

Sorakan juga akan dinilai dan diberikan hadiah kepada PEMENANG kerana ini adalah sebahagian daripada elemen Ultras yang tidak bolah dipisahkan.
Untuk itu,penting untuk crew STU yang lain hadir dan untuk yang masih baru atau ingin kenal lebih dekat apa itu ULTRAS,boleh datang dan bukan setakat datang tapi bersorak seperti anda di stadium.(bukan ketika menonton opera cina atau hanya makan pop-corn di cineplex-cineplex terdekat di rumah anda)

Berikut adalah senarai untuk perhatian crew STU yang mewakili STU di Kejohanan Futsal nanti:

1]Pastikan hadir pada pukul 2.30pm semasa hari pertandingan.

2]Sudah membuat pembayaran kepada "Capo" Mohd Adib Bin Buang,Maybank 162106794309 selewat-selewatnya pada pukul 10malam ini,6 Januari 2010.Jumlah hanya RM15 setiap seorang. Kegagalan crew STU membuat pembayaran boleh menyebabkan STU menerima tindakan keras dari Panji Ultras Malaya.

3]Kelengkapan futsal seperti baju biru(bukan ditaja seluar sukan,dan kasut sukan yang sesuai untuk bermain futsal.(reminder ini untuk yang jarang bermain futsal)

4]Sekiranya tidak cergas,diminta untuk hadir semasa game Futsal esok malam di Putrajaya(details check di FB STU kita)

Pemain-pemain juga harus meneliti peraturan dan lokasi Ultras Malaya Futsal Championships ini.


UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN ULTRAS MALAYA FUTSAL CHAMPIONSHIP 2011 EDISI 1

TEMPAT: Kompleks Futsal Triways Shah Alam (Court FIFA)
TARIKH: 8 Januari 2011 (Sabtu)
MASA: 4 petang – 7 malam
MASA PENDAFTARAN: 3 petang – 3.30 petang
YURAN PENDAFTARAN: RM100 sepasukan(dipinda kepada RM120)


UNDANG-UNDANG
Kejohanan ini akan dipertandingkan mengikut Undang-undang Persatuan Bolasepak Antabangsa (FIFA) dan juga Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang sedang berkuatkuasa masa kini.

FORMAT KEJOHANAN
1. Pertandingan akan dijalankan secara liga. 2 pasukan yang menduduki 2 tempat teratas liga layak ke Perlawanan Akhir bagi menentukan Johan & Naib Johan.

2. Masa perlawanan adalah selama 15 minit iaitu 7 minit pada separuh masa pertama dan 7 minit pada separuh masa kedua termasuk 1 minit masa rehat.

3. Sekiranya berlaku keputusan seri pada Perlawanan Akhir, kemenangan akan ditentukan melalui sepakan penalti (3 pemain).


SYARAT PENYERTAAN

1. Terbuka hanya kepada 5 pasukan iaitu Ultras Malaya (pemain dari penyokong negeri tiada Ultras), Silver State Ultras (Ultras Perak), Ultras Kedah, Southern Troop Ultras (Ultras Johor), ultraSel (Ultras Selangor).

2. 8 pemain sahaja boleh didaftarkan. Pemain yang layak bermain dalam kejohanan ini, mestilah dikalangan thru Ultras Malaya. Pemain dari Ultras Negeri-negeri lain yang bukan thru Ultras Malaya tidak dibenarkan bermain. Pemain setiap pasukan mestilah mengisi borang lengkap yang disediakan berserta nama ID Facebook. ID mereka akan disemak oleh penganjur melalui Facebook Ultras Malaya. Jika berlaku sebarang penipuan di hari kejohanan pasukan akan didenda.

3. Anugerah Pemain Terbaik & Penjaga Gol Terbaik akan ditentukan oleh pihak penganjur 'pihak neutral'.

4. Anugerah Ultras Terbaik hanya layak dimenangi oleh Ultras Negeri (SSU, STU, UK & US). 'Pihak neutral' akan menentukan Ultras yang layak menang mengikut ciri-ciri chants, coreo & sebagainya. Flare, smokebomb, mercun, bunga api & sebarang bahan mudah terbakar dilarang. Mata akan ditolak jika Ultras melanggar peraturan atau syarat-syarat yang telah ditentukan.

5. Pengurus yang layak menguruskan pasukan masing-masing:
i) Ultras Malaya: Freddie Marciano & Dinie Asyraf
ii) SSU: Mohd Azrul & Alexander Razmi
iii) STU: Afham Sani & Mohd Adib
iv) Ultras Kedah: Wahazir Wahabi & Sharrul Baharum
v) ultraSel: Pablo Tiger & Tom Kucar Kacir

6. Setiap Ultras hanya dibenarkan mendaftar 1 pasukan sahaja.

7. Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 6 Januari 2011, 11 malam. Borang penyertaan
berserta yuran pendaftaran RM120.00 perlu di submit kepada pihak penganjur pada tarikh dan sebelum masa yang telah ditetapkan.

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
1. Semua jadual perlawanan akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Penganjur Kejohanan.

2. Semua pasukan dikehendaki berada dan sedia untuk bermain di tempat pertandingan 30 minit sebelum perlawanan dimulakan.

3. Tempoh masa menunggu adalah 5 minit daripada masa yang dijadualkan dan mana-mana pasukan yang melanggar peraturan akan dikira kalah. Pasukan lawan mendapat kemenangan 2-0.

4. Pihak penganjur berhak dan berkuasa menangguhkan atau mengubah sesuatu perlawanan dengan memaklumkan kepada pasukan yang terlibat atau diputuskan dengan serta merta tanpa diberitahu terlebih dahulu.

5. Semua pemain di wajibkan berpakaian sukan yang sesuai dan tidak dibenarkan merokok, makan dan minum di kawasan pertandingan.

6. Hanya pemain-pemain yang didaftarkan dalam Borang Penyertaan sahaja dibenarkan bermain di sepanjang pertandingan ini.

7. Setiap pasukan boleh membuat bantahan secara bertulis dengan menyertakan wang cagaran bantahan sebanyak RM 50.00, tidak lewat dari 30 minit selepas permainan
yang dibantah itu tamat.

8. Bantahan akan didengar oleh Jawatankuasa Rayuan di bawah Jawatankuasa Kecil Teknikal dan Pengadilan. Keputusan jawatankuasa ini adalah muktamad.

9. Sekiranya bantahan atau rayuan itu benar dan diterima oleh Jawatankuasa , maka wang cagaran itu akan dikembalikan dan satu keputusan akan dibuat oleh pihak penganjur berhubung dengan rayuan atau bantahan tersebut.

10. Wang cagaran akan hilang dan menjadi hak Ultras Malaya sekiranya rayuan atau bantahan ditolak oleh Jawatankuasa Rayuan.

11. Syarat-syarat atau peraturan di atas boleh diubah atau ditambah oleh penganjur tanpa perlu memaklumkan kepada pasukan-pasukan yang bertanding.

12. Segala keputusan oleh pihak penganjur adalah muktamad.

Sekian,
Capo Am

Ultras Malaya Futsal Championship


STU mencari player berbakat untuk mewakili STU dalam
1]futsal
2]untuk chants dan melakukan choreo semasa yang lain bermain futsal

Tentatif seperti di bawah:

Ultras Malaya Futsal Championship 2011 (1)
Tarikh: 8 Januari 2011 (Saturday)
Tempat: Kompleks Futsal Triways (Shah Alam)
Masa Kejohanan: 4pm - 7pm
Masa Pendaftaran: 3pm
Hadiah:
Johan - Piala Pusingan, Pingat
Naib Johan - Pingat
Pemain Terbaik - Piala
Penjaring Terbanyak - Piala
Penjaga Gol Terbaik - Piala
Ultras Terbaik - Piala Pusingan
* Tambahan atau perubahan hadiah akan diumumkan kemudian

Syarat Kejohanan:
1. Terbuka hanya kepada 5 pasukan iaitu Ultras Malaya (pemain dari penyokong negeri tiada Ultras), Silver State Ultras (Ultras Perak), Ultras Kedah, Southern Troop Ultras (Ultras Johor), ultraSel (Ultras Selangor).
2. 8 pemain sahaja boleh didaftar. Pemain yang layak bermain dalam kejohanan ini, mestilah dikalangan thru Ultras Malaya. Pemain dari Ultras Negeri-negeri lain yang bukan thru Ultras Malaya tidak dibenarkan bermain. Pemain setiap pasukan mestilah mengisi borang lengkap yang disediakan berserta nama ID Facebook. ID mereka akan disemak oleh penganjur melalui Facebook Ultras Malaya. Jika berlaku sebarang penipuan di hari kejohanan pasukan akan didenda.
3. Anugerah Pemain Terbaik & Penjaga Gol Terbaik akan ditentukan oleh pihak penganjur 'pihak neutral'.
4. Anugerah Ultras Terbaik hanya layak dimenangi oleh Ultras Negeri (SSU, STU, UK & US). 'Pihak neutral' akan menentukan Ultras Yang layak menang mengikut ciri-ciri chants, coreo & sebagainya. Flare, smokebomb, mercun, bunga api & sebarang bahan mudah terbakar dilarang. Points akan ditolak jika Ultras melanggar peraturan atau syarat-syarat yang telah ditentukan.
5. Pengurus yang layak menguruskan pasukan masing-masing:
i) Ultras Malaya : Freddie Marciano & Dinie Asyraf
ii) SSU : Azrul & Labu
iii) STU : Afham Sani & Adib
iv) Ultras Kedah : Wahazir Wahabi & Sharrul Baharum
v) ultraSel : Pablo Tiger & Tom Kucar Kacir
* Untuk mendapatkan borang semua pengurus pasukan perlu menghubungi Pablo Tiger (Gozal)