Friday, December 31, 2010

Minutes Meeting Ultras Johor@Southern Troop Ultras(STU)

Venue: n/a (melalui ym conference)
Masa: 10-12 tengah malam
Kehadiran: Afham Sani
Zaki Rashid
Mohd Aizad
Roslan Omar
Dato Yuza
Mehmet Yusuf

Agenda yang telah dibincangkan tadii:
1]Wakil 'capo' untuk perlawanan di Johor(Pasir Gudang) dan Lembah Klang.

Untuk perlawanan di Johor, capo adalah Yuza(Dato Yuza) dan Usop(Mehmet Yusuf)

Manakala di Lembah Klang, aku(Afham Sani) dan efans Johorfc.com Lembah Klang Division seperti Zack(Zaki Rashid), Lan(Azlan Ibrahim) dan juga Yus(Encik Yusri). Tugas ini juga akan ditampung oleh Adib(Mohd Adib).

Capo juga bertanggugjawab untuk mencari lebih ramai crew STU yang boleh hadir ke stadium,dan menarik perhatian penyokong di stadium untuk turut serta dalam choreo dan chants.

2]Membincangkan 'chants' yang boleh dinyanyikan semasa perlawanan melibatkan Pasukan JohorFC.

Semua telah sepakat We love you Johorfc (chorus) sesuai menjadi chants.

Namun masalah utama adalah chants selain dari chants We love u JohorFc sebagai chants yang boleh menaikkan semangat pemain dan menggerunkan musuh yang bertandang ke stadium.

Tugas ini untuk mencipta CHANTS dan CHOREO akan dilakukan oleh Usop dan Yuza.
Bagi yang lain sekiranya ada cadangan boleh dilakukan terus di fb group atau boleh rujuk kepada mereka berdua.

Chants ini boleh rujuk pada youtube contoh chants Ultras Malaya yang dicipta sendiri,atau dengar hotfm pada setiap pagi tentang chants yang cukup ringkas,tapi padu apabila dinyanyikan bersama yang boleh menggerunkan pihak lawan

3]Agenda-agenda lain.
-Tools memberi sokongan,seperti:

a.Project Banner
Rujuk (c)

b.Project Drum
Drum ini penting untuk mengiringi chants dan choreo.
Ia sebenarnya sebahagian dari tools penting semasa perang dunia,kerana ia dapat menaikkan semangat tentera dan menghadirkan perasaan gerun dengan rentak-rentak tertentu.
Namun, project ini terpaksa ditangguhkan.

c.Project Bendera gergasi
Kesemua telah memahami ini bukan project tifo seperti bendera Malaysia gergasi.Ia adalah hanya untuk mengibarkan bendera Johorfc
namun saiz lebih besar dari ukuran saiz bendera yang biasa kita kibarkan.
Project ini adalah sama dengan project banner,Project Manager adalah Zack.

d.Choreo(iaitu gerakan tangan sambil chants)
Rujuk item No[2]

Untuk menggalakkan lagi perkembangan Ultras ini juga,kesemua telah bersetuju dengan penggunaan IT lebih meluas iaitu samada melalui Facebook(FB), Forum mahupun melalui blog.
Maka,tugas telah diberi untuk tujuan dinyatakan.

Melalui forum(UltrasMalaya.net) dan JohorFC.com akan diberi kepada Zack.
Bersama tugas ini juga ditampung oleh Adib dan Zarif.

Manakala melalui Facebook dan Blog,ia akan dilakukan bersama oleh Aizad dan aku.

Semoga tahun 2011 merupakan tahun yang lebih berjaya bagi JohorFc dan perkembangan ideologi Ultras didokong oleh STU,khasnya.

Terima Kasih,

Capo Am

STU@Ultras Johor on Yahoo Messenger Conference

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Meeting ini akan diadakan virtually atau di ruang maya,secara lebih tepat
melalui yahoo messenger.
Ini halangan seperti kesempatan waktu,lokasi,komitmen kerja dan famili yang membataskan perjumpaan secara normal.

Jumaat
31 Disember 2010
10malam-11malam


Agenda yang akan dibincangkan seperti:
1]Wakil 'capo' untuk perlawanan di Johor(Pasir Gudang) dan Lembah Klang.

Sila rujuk apa itu Capo di blog rasmi Ultras Johor aka STU. Tak faham,bermaksud anda masih tak memahami elemen-elemen penting Ultras!
Ini juga untuk menguraikan kekusutan bahawa sekiranya Capo tiada,crew STU akan mengambil alih tugas di stadium atau apa saja untuk menyemarakkan sokongan kepada pasukan tercinta.

2]Membincangkan 'chants' yang boleh dinyanyikan semasa perlawanan melibatkan Pasukan JohorFC.

Chants ini boleh rujuk pada youtube contoh chants Ultras Malaya yang dicipta sendiri,atau dengar hotfm pada setiap pagi tentang chants yang cukup ringkas,tapi padu apabila dinyanyikan bersama yang boleh menggerunkan pihak lawan.

3]Agenda-agenda lain.
-Tools memberi sokongan,seperti:

Project Banner
Project Drum
Project Bendera gergasi
Choreo(iaitu gerakan tangan sambil chants)


Aku mengharapkan crew utama seperti Yus,Zaki,Lan,Adib,Zarif,Aizad,Usop(mehmet),Ayop dan Roslan(president JohorFC.com) dapat memberikan komitmen untuk 'meeting' secara maya ini.
Sila reply dengan alamat yahoo messenger(ym) anda
Terima Kasih.

Assalamualaikum,
Capo Am