Wednesday, May 12, 2010

Trip ke Perak,Perak vs JohorFA 22 May 2010

Salam dan selamat sejahtera

STU merancang untuk memberi sokongan kepada Johor 22 may ini di Perak

Tapi memerlukan respons dari anda sebab kami merancang untuk trip menaiki bas ke Ipoh,Perak

Harap anda yang berminat dapat memberikan respons di sini,atau pun boleh personal message kepada akaun Facebook Megat Khairul Afham atau Adib Ultras.
Terima Kasih

~capo am

Saturday, May 8, 2010

Selangor vs JOHORFC, 7 May 2010

Ultras Johor takluk Shah Alam dengan unstoppable dan relentless supports
Tarikh:7 May 2010
Venue: Stadium Shah Alam
Selangor vs JohorFC


Semalam sorakan bergema untuk pasukan JohorFC di stadium Shah Alam
walaupun bilangan was outnumbered,tapi kuantiti bukan segalanya

Malah,walaupun team tercinta ketinggalan dengan 4-0, STU masih memberikan sorakan kepada mereka yang bertarung di padang.
Sememangnya faktor pengadil dan penjaga garisan banyak mempengaruhi keputusan semalam.

Tanpa mengulas lebih mengenai isu itu, kami paparkan photo-photo yang telah diambil kami dan dari orang perseorangan lain sepanjang perlawanan semalam.
Diharap bilangan yang menyertai kami, lebih ramai untuk memberikan sorakan yang lebih padu
lebih bertenaga
untuk siapa? Bukan untuk kami,tapi pemain-pemain di atas padang sana!

Terima kasih pada yang hadir,diharap ini dapat berterusan dapat lebih ramai turut serta dengan kami memberikan sokongan!

3 banner untuk JohorFC,2 datang dari JFC.net dan 1 banner yang cute saiz dari STU sendiri
STU memberi sokongan trademark dengan berdiri sepanjang perlawanan berlangsung sambil bersorak sorai untuk players di padang.Kelihatan di sini Zaem dari CKU (dari kiri yang berdiri), Vice Capo Adib Ultras (yang memegang haler), Capo Am (yang sedang mengibarkan bendera) dan Danny dari N9 Ultras.
Tiada istilah penat,istilah suara hilang,demi pasukan tercinta.
Bendera, mufler(sekiranya ada),haler, banner, mask adalah tools yang penting
sebagai antara identiti Ultras
Capo Am (yang memegang bendera JohorFC), Zaem dari CKU, Vice Capo Adib dan Danny dari N9 Ultras
Line-up JohorFC



Jeevanathan,keeper JohorFC yang bermain cemerlang sungguhpun dibolosi 4 kali.
Paling remarkable dia berupaya mengagak tepat tendangan penalti namun follow-up kemudiannya yang menewaskan beliau


Capo Am (kanan) dengan Idan

Friday, May 7, 2010

Logo Rasmi Southern Troop Ultras@Ultras Johor


Logo rasmi Southern Troop Ultras atau Ultras Johor
Ucapan terima kasih kepada rakan kami,Zaim Canaries Knight Ultras atas bantuan beliau menjadikan logo kami ini kenyataan
Terima kasih juga pada troopers,Zarif STU kerana memberikan idea penciptaan logo ini

Thursday, May 6, 2010

Selangor vs JOHORFC 7 May 2010

Selangor vs JOHORFC
8.45pm,Shah Alam Stadium
7 May 2010(Jumaat,ya benar,Jumaat.Maka kene rush dari workplace)


Untuk semua troopers dan sesiapa yang berminat nak join beri sokongan padu pada JohorFC
Diharap dapat berkumpul di gate berhampiran litar go-kart
STU dan JFC.net Lembah Klang akan menunggu pada pukul 7pm
Kemudian,akan bergerak masuk ke dalam stadium untuk menggantung banner
Setelah itu,akan melakukan solat maghrib berjamaah

Kepada yang lewat,boleh terus datang ke kawasan visitor
atau tempat di belakang bench JohorFC
di mana ada banner Southern Troop Ultras berwarna merah serta JFC.net banner berwarna oren,maka kami akan berada di kawasan itu

Sesiapa yang ada bendera JohorFC atau Johor,sila bawa bersama
Mari kita semarakkan sokongan untuk pasukan JohorFC

We Love You,JohorFC
Enjut Lebah Enjut!