Friday, April 23, 2010

Apa itu ULTRAS dan bagaimana untuk menjadi ULTRAS

Apakah itu Ultras?

Pertama sekali,pasti anda akan tertanya dengan persoalan seperti ini
Bagi peminat bola di luar negara,mereka sudah tidak asing lagi dengan ideologi ultras ini
Menjawab kepada pertanyaan anda semua yang mungkin ketika ini masih tertanya-tanya
Ultras merupakan gerakan menyokong secara tersusun untuk sesuatu pasukan bola
ia bukan fan club yang memerlukan pembayaran keahlian untuk menjadi ahli
sebaliknya hanya memerlukan komitmen kepada sesiapa yang mahu terlibat
dengan menghadirkan diri ke seberapa banyak perlawanan "home" atau "away"
seberapa mampu yang boleh

Ini bermaksud "attitude" amat dititikberatkan untuk menjadi Ultras

Ultras ini amat sinonim di liga bolasepak di rantau Balkan dan juga di Serie A
antara contoh yang saya boleh berikan ialah Bad Blue Boys untuk kelab Dinamo Zagreb,Red Star Belgrade Ultras untuk Red Star Belgrade, Gate 13 untuk Panathinaikos, Ultras Rapid dan Tornado Rapid untuk kelab Rapid Wien, Boys San untuk Inter Milan dan banyak lagi untuk diberi contoh.

Di Malaysia ia masih lagi asing, namun ia sebenarnya telah bermula 2 tahun lepas secara giat
untuk pasukan bola kebangsaan,iaitu Ultras Malaya.

Kini, bukan sahaja di Johor,malah Perak seperti Silverstate Ultras, Kedah seperti Canaries Knight Ultras dan Kenari Fans Squad, Selangor seperti UltraSel untuk diberi contoh.

Untuk Southern Troop Ultras(STU) ,
kami tidak mengenakan sebarang bayaran mahupun mahupun paksaan untuk menjadi ultras

Semua itu datang dari hati, iaitu keinginan untuk berjuang dalam memartabatkan bola sepak negara kita


Pada anda semua mungkin apa yang kami lakukan dipandang sepi dan ada yang mungkin melihat kami sebagai pelawak sarkis di stadium.


Namun, apa yang kami lakukan adalah cara sokongan yang sgt berbeza dari apa yang anda semua pernah saksikan walau apa tohmahan dan pandangan sinis.


Apa yang kami harapkan pada anda semua, marilah kita berjuang bersama2 bersama
di stadium mahupun dilapangan skrin gergasi.

DISINI KAMI AKAN HURAIKAN APA YANG ULTRAS PERLU LAKUKAN DISTADIUM MAHUPUN DILAPANGAN SKRIN GERGASI

1.CAPO

Secara asasnya ultras akan mempunyai seorang capo (ketua chants)

Jadi kita sebagai ultras perlu mengikut apa sahaja arahan dari capo.
sama ada lagu mahupun pergerakan iaitu "choreo" ultras dalam stadium.

Capo juga bertindak sebagai orang pertama yang akan melakukan chants.

Kebiasaannya capo akan berdiri di mengadap semua ultras sambil memegang "haler"

Capo mendahului sorakan dengan menggunakan Haler


2. CHANTS

Chants ataupun sorakan.

Setiap ultras wajib menghafal setiap CHANTS

Tujuan Chants adalah untuk menaikkan semangat para pemain diatas padang selain memeriahkan lagi keadaan dalam stadium mahupun dilapangan skrin gergasi.


"Chants" juga dinyanyikan dgn penuh perasaan,bersemangat dan rasa cinta pada negara dan bola sepak.

3.BERDIRI

Setiap ultras wajib berdiri di stadium selama mana perlawanan berlangsung.

Tidak ada istilah duduk dalam ultras

setiap ultras wajib chants atau sorak dalam keadaan berdiri


4.IDENTITI

Identiti seorang ultras lebih kepada underground(ganas).


Tapi kita mengamalkan sikap ketimuran(sopan dalam ganas).


Setiap ultras perlu memakai baju HITAM atau warna utama pasukan disokong


Serta mempunyai aksesori seperti bendera,scarf atau mufler

Elemen seperti menggunakan mask dan berbaju hitam

Bendera juga dikira sebagai salah satu alat sewaktu bersorak selain mufler

5. PALING PENTING (MENANG ATAU KALAH KITA TETAP DIBELAKANG PEMAIN dan PASUKAN)

Ultras mempunyai kesetiaan yang sangat kukuh untuk pasukan

Tidak kira di waktu kalah atau menang

Tetap akan bersorak\ chants sampai ketitisan peluh terakhir,sampai ke wisel penamat.

JIKA ANDA INGIN BERSAMA-SAMA KAMI
PALING UTAMA, DALAMI IDEOLOGI ULTRAS TERLEBIH DAHULU
SELAIN KOMITMEN DALAM DIRI

KEPADA YANG BARU, DAN BERMINAT ANDA DIALUKAN BERSAMA KAMI
KAMI MAHUKAN ULTRAS BUKAN PENONTON WAYANG ATAU OPERA
ATAU PENONTON YANG HANYA BERTERIAK BILA PASUKAN DITONTON
GAGAL MEMBERIKAN PERMAINAN YANG MEMUASKAN HATI

SEBALIKNYA ULTRAS PERLU ADA TEGUH BERSAMA PASUKAN
TAK KIRA APA JUA SITUASI

2 comments:

  1. siap siaga untuk menjadi ultras!!
    tp hanye mampu bertandang ke jcorp..:(
    klu ad pape info sila roger di fb ok..

    ReplyDelete
  2. oi oi salam dari ultrasel

    neverstop the step till the end

    disryminated gresik

    ReplyDelete