Friday, December 31, 2010

Minutes Meeting Ultras Johor@Southern Troop Ultras(STU)

Venue: n/a (melalui ym conference)
Masa: 10-12 tengah malam
Kehadiran: Afham Sani
Zaki Rashid
Mohd Aizad
Roslan Omar
Dato Yuza
Mehmet Yusuf

Agenda yang telah dibincangkan tadii:
1]Wakil 'capo' untuk perlawanan di Johor(Pasir Gudang) dan Lembah Klang.

Untuk perlawanan di Johor, capo adalah Yuza(Dato Yuza) dan Usop(Mehmet Yusuf)

Manakala di Lembah Klang, aku(Afham Sani) dan efans Johorfc.com Lembah Klang Division seperti Zack(Zaki Rashid), Lan(Azlan Ibrahim) dan juga Yus(Encik Yusri). Tugas ini juga akan ditampung oleh Adib(Mohd Adib).

Capo juga bertanggugjawab untuk mencari lebih ramai crew STU yang boleh hadir ke stadium,dan menarik perhatian penyokong di stadium untuk turut serta dalam choreo dan chants.

2]Membincangkan 'chants' yang boleh dinyanyikan semasa perlawanan melibatkan Pasukan JohorFC.

Semua telah sepakat We love you Johorfc (chorus) sesuai menjadi chants.

Namun masalah utama adalah chants selain dari chants We love u JohorFc sebagai chants yang boleh menaikkan semangat pemain dan menggerunkan musuh yang bertandang ke stadium.

Tugas ini untuk mencipta CHANTS dan CHOREO akan dilakukan oleh Usop dan Yuza.
Bagi yang lain sekiranya ada cadangan boleh dilakukan terus di fb group atau boleh rujuk kepada mereka berdua.

Chants ini boleh rujuk pada youtube contoh chants Ultras Malaya yang dicipta sendiri,atau dengar hotfm pada setiap pagi tentang chants yang cukup ringkas,tapi padu apabila dinyanyikan bersama yang boleh menggerunkan pihak lawan

3]Agenda-agenda lain.
-Tools memberi sokongan,seperti:

a.Project Banner
Rujuk (c)

b.Project Drum
Drum ini penting untuk mengiringi chants dan choreo.
Ia sebenarnya sebahagian dari tools penting semasa perang dunia,kerana ia dapat menaikkan semangat tentera dan menghadirkan perasaan gerun dengan rentak-rentak tertentu.
Namun, project ini terpaksa ditangguhkan.

c.Project Bendera gergasi
Kesemua telah memahami ini bukan project tifo seperti bendera Malaysia gergasi.Ia adalah hanya untuk mengibarkan bendera Johorfc
namun saiz lebih besar dari ukuran saiz bendera yang biasa kita kibarkan.
Project ini adalah sama dengan project banner,Project Manager adalah Zack.

d.Choreo(iaitu gerakan tangan sambil chants)
Rujuk item No[2]

Untuk menggalakkan lagi perkembangan Ultras ini juga,kesemua telah bersetuju dengan penggunaan IT lebih meluas iaitu samada melalui Facebook(FB), Forum mahupun melalui blog.
Maka,tugas telah diberi untuk tujuan dinyatakan.

Melalui forum(UltrasMalaya.net) dan JohorFC.com akan diberi kepada Zack.
Bersama tugas ini juga ditampung oleh Adib dan Zarif.

Manakala melalui Facebook dan Blog,ia akan dilakukan bersama oleh Aizad dan aku.

Semoga tahun 2011 merupakan tahun yang lebih berjaya bagi JohorFc dan perkembangan ideologi Ultras didokong oleh STU,khasnya.

Terima Kasih,

Capo Am

STU@Ultras Johor on Yahoo Messenger Conference

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Meeting ini akan diadakan virtually atau di ruang maya,secara lebih tepat
melalui yahoo messenger.
Ini halangan seperti kesempatan waktu,lokasi,komitmen kerja dan famili yang membataskan perjumpaan secara normal.

Jumaat
31 Disember 2010
10malam-11malam


Agenda yang akan dibincangkan seperti:
1]Wakil 'capo' untuk perlawanan di Johor(Pasir Gudang) dan Lembah Klang.

Sila rujuk apa itu Capo di blog rasmi Ultras Johor aka STU. Tak faham,bermaksud anda masih tak memahami elemen-elemen penting Ultras!
Ini juga untuk menguraikan kekusutan bahawa sekiranya Capo tiada,crew STU akan mengambil alih tugas di stadium atau apa saja untuk menyemarakkan sokongan kepada pasukan tercinta.

2]Membincangkan 'chants' yang boleh dinyanyikan semasa perlawanan melibatkan Pasukan JohorFC.

Chants ini boleh rujuk pada youtube contoh chants Ultras Malaya yang dicipta sendiri,atau dengar hotfm pada setiap pagi tentang chants yang cukup ringkas,tapi padu apabila dinyanyikan bersama yang boleh menggerunkan pihak lawan.

3]Agenda-agenda lain.
-Tools memberi sokongan,seperti:

Project Banner
Project Drum
Project Bendera gergasi
Choreo(iaitu gerakan tangan sambil chants)


Aku mengharapkan crew utama seperti Yus,Zaki,Lan,Adib,Zarif,Aizad,Usop(mehmet),Ayop dan Roslan(president JohorFC.com) dapat memberikan komitmen untuk 'meeting' secara maya ini.
Sila reply dengan alamat yahoo messenger(ym) anda
Terima Kasih.

Assalamualaikum,
Capo Am

Wednesday, May 12, 2010

Trip ke Perak,Perak vs JohorFA 22 May 2010

Salam dan selamat sejahtera

STU merancang untuk memberi sokongan kepada Johor 22 may ini di Perak

Tapi memerlukan respons dari anda sebab kami merancang untuk trip menaiki bas ke Ipoh,Perak

Harap anda yang berminat dapat memberikan respons di sini,atau pun boleh personal message kepada akaun Facebook Megat Khairul Afham atau Adib Ultras.
Terima Kasih

~capo am

Saturday, May 8, 2010

Selangor vs JOHORFC, 7 May 2010

Ultras Johor takluk Shah Alam dengan unstoppable dan relentless supports
Tarikh:7 May 2010
Venue: Stadium Shah Alam
Selangor vs JohorFC


Semalam sorakan bergema untuk pasukan JohorFC di stadium Shah Alam
walaupun bilangan was outnumbered,tapi kuantiti bukan segalanya

Malah,walaupun team tercinta ketinggalan dengan 4-0, STU masih memberikan sorakan kepada mereka yang bertarung di padang.
Sememangnya faktor pengadil dan penjaga garisan banyak mempengaruhi keputusan semalam.

Tanpa mengulas lebih mengenai isu itu, kami paparkan photo-photo yang telah diambil kami dan dari orang perseorangan lain sepanjang perlawanan semalam.
Diharap bilangan yang menyertai kami, lebih ramai untuk memberikan sorakan yang lebih padu
lebih bertenaga
untuk siapa? Bukan untuk kami,tapi pemain-pemain di atas padang sana!

Terima kasih pada yang hadir,diharap ini dapat berterusan dapat lebih ramai turut serta dengan kami memberikan sokongan!

3 banner untuk JohorFC,2 datang dari JFC.net dan 1 banner yang cute saiz dari STU sendiri
STU memberi sokongan trademark dengan berdiri sepanjang perlawanan berlangsung sambil bersorak sorai untuk players di padang.Kelihatan di sini Zaem dari CKU (dari kiri yang berdiri), Vice Capo Adib Ultras (yang memegang haler), Capo Am (yang sedang mengibarkan bendera) dan Danny dari N9 Ultras.
Tiada istilah penat,istilah suara hilang,demi pasukan tercinta.
Bendera, mufler(sekiranya ada),haler, banner, mask adalah tools yang penting
sebagai antara identiti Ultras
Capo Am (yang memegang bendera JohorFC), Zaem dari CKU, Vice Capo Adib dan Danny dari N9 Ultras
Line-up JohorFC



Jeevanathan,keeper JohorFC yang bermain cemerlang sungguhpun dibolosi 4 kali.
Paling remarkable dia berupaya mengagak tepat tendangan penalti namun follow-up kemudiannya yang menewaskan beliau


Capo Am (kanan) dengan Idan

Friday, May 7, 2010

Logo Rasmi Southern Troop Ultras@Ultras Johor


Logo rasmi Southern Troop Ultras atau Ultras Johor
Ucapan terima kasih kepada rakan kami,Zaim Canaries Knight Ultras atas bantuan beliau menjadikan logo kami ini kenyataan
Terima kasih juga pada troopers,Zarif STU kerana memberikan idea penciptaan logo ini

Thursday, May 6, 2010

Selangor vs JOHORFC 7 May 2010

Selangor vs JOHORFC
8.45pm,Shah Alam Stadium
7 May 2010(Jumaat,ya benar,Jumaat.Maka kene rush dari workplace)


Untuk semua troopers dan sesiapa yang berminat nak join beri sokongan padu pada JohorFC
Diharap dapat berkumpul di gate berhampiran litar go-kart
STU dan JFC.net Lembah Klang akan menunggu pada pukul 7pm
Kemudian,akan bergerak masuk ke dalam stadium untuk menggantung banner
Setelah itu,akan melakukan solat maghrib berjamaah

Kepada yang lewat,boleh terus datang ke kawasan visitor
atau tempat di belakang bench JohorFC
di mana ada banner Southern Troop Ultras berwarna merah serta JFC.net banner berwarna oren,maka kami akan berada di kawasan itu

Sesiapa yang ada bendera JohorFC atau Johor,sila bawa bersama
Mari kita semarakkan sokongan untuk pasukan JohorFC

We Love You,JohorFC
Enjut Lebah Enjut!

Monday, April 26, 2010

Curva

Apakah itu CURVA?



Curva merupakan 1 lg element penting dalam ULTRAS
Curva dlm bahasa Itali bermaksud terrace yg melengkung.
curve dlm bahasa inggeris
curva pula adalah berasal dari latino tapi diceduk penggunaan dari bahasa inggeris

curva merupakan tempat yang sinonim untuk ultras berkumpul di stadium
untuk memberikan sorakan padu kepada pasukan
dan memberikan rasa gerun kepada visitor team
curve merupakan salah satu elemen yang penting
sebagai salah satu dari identiti ultras

tapi disebabkan struktur stadium yg berbeza beza di serata dunia, membuatkan, sesetengah ULTRAS tidak mmpunyai curva yg melengkung
sbg contoh, BAD BLUE BOYS ultras untuk Dinamo Zagreb, yg stadium mereka 4 segi, dan tidak mempunyai lengkung

Kes ini amat sinonim dengan stadium JohorFC,Jcorp Stadium di Pasir Gudang. Sebab kenapa ultras sinonim dengan curva

adalah kerana ultras yang biasanya merupakan kelas golongan pekerja dan disebabkan harga tiket yang paling rendah mampu dibeli oleh golongan ini,
dan lama kelamaan ideologi ultras berkembang
maka itulah sebab curva atau kop menjadi
elemen penting sebahagian dari identiti ultras

Sebab yang lain pula kenapa sangat penting untuk ultras mengisi curva atau kop untuk stadium mereka ialah fakta yang menunjukkan kehadiran mereka dapat mempengaruhi perlawanan kerana ultras adalah penting untuk memberikan pengaruh gerun kepada half opponent bermain.

Sebab itu kita boleh lihat mengapa setiap kali apabila captain sesebuah pasukan akan memilih supaya pasukan lawan akan membelakangkan home supporters atau ultras ini.
Ultras amat penting untuk memberikan tekanan tinggi pada visitor team defensive half dan ini dapat memberikan pengaruh terhadap sesuatu perlawanan

tapi sekiranya ultras duduk di stand utama
dalam suasana stadium yg hampir kosong
dan struktur stadium itu sendiri
penyokong di bahagian tengah agak terpisah,quite distant
dari visitor's defensive half
lebih efektif sekiranya dapat dekat dengan padang di mana pasukan kita sokong akan melakukan jaringan ke atas visitor berbanding midfield area,supaya dapat memberikan tekanan lebih pada visitor defensif yard.

Tidakkah anda bersetuju?

Sunday, April 25, 2010

Meeting + Minum-Minum

meeting khusus untuk membincangkan match JohorFC vs Selangor
4 dan 7 may ini


Salam dan Selamat sejahtera,
dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim
saya menjemput saudara\saudari yang berminat
untuk hadir ke meeting kedua STU

Tarikh:Rabu 28 April

Masa:9pm -1o.30 pm

Tempat:Firzana's Kitchen,di Puncak Jalil

Bandar Bukit Permai,

Seri Kembangan

Tujuan:

Untuk membincangkan tentang match JohorFC vs Selangor pada 4 may ini,
di Jcorp Stadium memandangkan ia merupakan waktu bekerja

Maka,meet up ini untuk discuss tentang konvoi atau apa2 untuk match 4 may(based on berapa ramai dapat pergi),
sekiranya sukar,terlebih maklum dengan isu hari bekerja
agenda juga untuk dibincangkan ialah untuk match 7 may nanti,
memandangkan ia adalah away game JohorFC di Shah Alam Stadium,juga menentang Selangor

Harap dapat diluangkan sejam dua pada rabu ini
FYR,my hp number 019-3588627,Megat Khairul Afham

Friday, April 23, 2010

Pengenalan Southern Troop Ultras (STU)

Siapa Kami?




Southern Troop Ultras (STU) merupakan kumpulan ultras Johor.

Tertubuh secara rasmi pada 6 Mac 2010 untuk memberi sokongan padu secara tersusun
kepada setiap pasukan bola sepak di negeri Johor
iaitu JohorFA, JohorFC, MP Muar dan lain-lain.

Ultras secara ringkasnya merupakan ideologi menyokong sesebuah pasukan
secara tersusun dan sentiasa bersorak selama perlawanan berlangsung
pada tak kira situasi, ketika menang apatah lagi di ambang kekalahan

Oleh itu, ia bukan sebuah fan club,dan juga bukan pasukan sorak
seperti cheerleading pasukan sekolah.

4 elemen di bawah membezakan ultras dengan yang lain


  1. Tidak pernah henti menyanyi dan bersorak, tidak kira apa jua keputusan semasa perlawanan

  2. Tidak pernah duduk, sebaliknya sentiasa berdiri selama mana perlawanan berlangsung



3. Menghadiri seberapa banyak perlawanan home dan away,tanpa mengira kos dan jarak terpaksa diharungi

4. Setia pada *curva



Gambar dipetik dari acmilan.com


*dipetik dari perkataan latino,curva. Dalam istilah Bahasa Inggeris,"curve" bermaksud lengkung. Merupakan satu kawasan di dalam stadium yang akan dipilih Ultras sebagai tempat mereka, kebiasaannya di tempat melengkung dan bertentangan dengan grandstand (tempat duduk utama),dan dibelakang post goal.

Apa itu ULTRAS dan bagaimana untuk menjadi ULTRAS

Apakah itu Ultras?

Pertama sekali,pasti anda akan tertanya dengan persoalan seperti ini
Bagi peminat bola di luar negara,mereka sudah tidak asing lagi dengan ideologi ultras ini
Menjawab kepada pertanyaan anda semua yang mungkin ketika ini masih tertanya-tanya
Ultras merupakan gerakan menyokong secara tersusun untuk sesuatu pasukan bola
ia bukan fan club yang memerlukan pembayaran keahlian untuk menjadi ahli
sebaliknya hanya memerlukan komitmen kepada sesiapa yang mahu terlibat
dengan menghadirkan diri ke seberapa banyak perlawanan "home" atau "away"
seberapa mampu yang boleh

Ini bermaksud "attitude" amat dititikberatkan untuk menjadi Ultras

Ultras ini amat sinonim di liga bolasepak di rantau Balkan dan juga di Serie A
antara contoh yang saya boleh berikan ialah Bad Blue Boys untuk kelab Dinamo Zagreb,Red Star Belgrade Ultras untuk Red Star Belgrade, Gate 13 untuk Panathinaikos, Ultras Rapid dan Tornado Rapid untuk kelab Rapid Wien, Boys San untuk Inter Milan dan banyak lagi untuk diberi contoh.

Di Malaysia ia masih lagi asing, namun ia sebenarnya telah bermula 2 tahun lepas secara giat
untuk pasukan bola kebangsaan,iaitu Ultras Malaya.

Kini, bukan sahaja di Johor,malah Perak seperti Silverstate Ultras, Kedah seperti Canaries Knight Ultras dan Kenari Fans Squad, Selangor seperti UltraSel untuk diberi contoh.

Untuk Southern Troop Ultras(STU) ,
kami tidak mengenakan sebarang bayaran mahupun mahupun paksaan untuk menjadi ultras

Semua itu datang dari hati, iaitu keinginan untuk berjuang dalam memartabatkan bola sepak negara kita


Pada anda semua mungkin apa yang kami lakukan dipandang sepi dan ada yang mungkin melihat kami sebagai pelawak sarkis di stadium.


Namun, apa yang kami lakukan adalah cara sokongan yang sgt berbeza dari apa yang anda semua pernah saksikan walau apa tohmahan dan pandangan sinis.


Apa yang kami harapkan pada anda semua, marilah kita berjuang bersama2 bersama
di stadium mahupun dilapangan skrin gergasi.

DISINI KAMI AKAN HURAIKAN APA YANG ULTRAS PERLU LAKUKAN DISTADIUM MAHUPUN DILAPANGAN SKRIN GERGASI

1.CAPO

Secara asasnya ultras akan mempunyai seorang capo (ketua chants)

Jadi kita sebagai ultras perlu mengikut apa sahaja arahan dari capo.
sama ada lagu mahupun pergerakan iaitu "choreo" ultras dalam stadium.

Capo juga bertindak sebagai orang pertama yang akan melakukan chants.

Kebiasaannya capo akan berdiri di mengadap semua ultras sambil memegang "haler"

Capo mendahului sorakan dengan menggunakan Haler


2. CHANTS

Chants ataupun sorakan.

Setiap ultras wajib menghafal setiap CHANTS

Tujuan Chants adalah untuk menaikkan semangat para pemain diatas padang selain memeriahkan lagi keadaan dalam stadium mahupun dilapangan skrin gergasi.


"Chants" juga dinyanyikan dgn penuh perasaan,bersemangat dan rasa cinta pada negara dan bola sepak.

3.BERDIRI

Setiap ultras wajib berdiri di stadium selama mana perlawanan berlangsung.

Tidak ada istilah duduk dalam ultras

setiap ultras wajib chants atau sorak dalam keadaan berdiri


4.IDENTITI

Identiti seorang ultras lebih kepada underground(ganas).


Tapi kita mengamalkan sikap ketimuran(sopan dalam ganas).


Setiap ultras perlu memakai baju HITAM atau warna utama pasukan disokong


Serta mempunyai aksesori seperti bendera,scarf atau mufler

Elemen seperti menggunakan mask dan berbaju hitam

Bendera juga dikira sebagai salah satu alat sewaktu bersorak selain mufler

5. PALING PENTING (MENANG ATAU KALAH KITA TETAP DIBELAKANG PEMAIN dan PASUKAN)

Ultras mempunyai kesetiaan yang sangat kukuh untuk pasukan

Tidak kira di waktu kalah atau menang

Tetap akan bersorak\ chants sampai ketitisan peluh terakhir,sampai ke wisel penamat.

JIKA ANDA INGIN BERSAMA-SAMA KAMI
PALING UTAMA, DALAMI IDEOLOGI ULTRAS TERLEBIH DAHULU
SELAIN KOMITMEN DALAM DIRI

KEPADA YANG BARU, DAN BERMINAT ANDA DIALUKAN BERSAMA KAMI
KAMI MAHUKAN ULTRAS BUKAN PENONTON WAYANG ATAU OPERA
ATAU PENONTON YANG HANYA BERTERIAK BILA PASUKAN DITONTON
GAGAL MEMBERIKAN PERMAINAN YANG MEMUASKAN HATI

SEBALIKNYA ULTRAS PERLU ADA TEGUH BERSAMA PASUKAN
TAK KIRA APA JUA SITUASI