Wednesday, November 30, 2011

Terjah Home Bukit Jalil Dari Johor


27/11/2011 .. Tarikh bersejarah buat pertama kali julungnya troopers STU membuat trip ke SNBJ dengan seramai 42 orang termasuk 1 family memang pada mulanya kami berasa risau untuk membuat trip tersebut apakan daya troopers tidak mencukupi dan boleh di kira sekitar 7 orang saja dari Johor.. Tetapi dengan berkat usaha Ammar dan Farid yang mengorganized kan trip berjaya di lakukan sehingga yang sanggup dari jauh turun ke SNBJ nazmi dari batu pahat tahniah STU ucapkan !! Sebelum perjalanan bermula kami telah pun memberi lirik chants kepada troopers baru untuk menghafal apabila berada di kerva UM


troopers baru yang menghafal chants sehingga ada yang mengatakan penat baru blik keje sanggup pergi ke SNBJ .. tahniah !


sampai saja ke serdang pemberian tiket dari Zaki kepada Ammar telah pun berjaya dan tiket tersebut akan diberi kepada semua troopers yang mengikuti trip tersebut.


perjalanan kami dari Johor ke SNBJ telah pun sampai dan semuanya nampak tidak sabar memasuki stadium bersama UM ..


SNBJ


ini Medan !! orang legend !! salute !!


STU bersiap sedia menggempur 1Q bersama UM


ini adalah troopers STU kita seramai 50 gitu dan ade yang tk masuk mungkin yg lain pergi ke tempat lain termasuk Angel STU


ini adalah Angel STU yang dari Johor dan ada yang menetap dari KL ... tahniah !! makin berkembang STU !!




Tifo Jersi gergasi yang diturunkan sewaktu lagu Bahrain dinyanyikan


disini tempat STU berada..


Capo UM ..


Kami STU berbanyak terima kasih kepada semua troopers STU kerana sanggup turun ke SNBJ demi menyokong Malaysia bersama UM termasuk ultras yang lain .. Next game adalah Liga M .. Jumpa Anda Di Lakin !!

Friday, July 29, 2011

Terjah Stadium Jalan Besar Singapura



23/7/11..tarikh bersejarah buat warga STU....buat pertama kali troopers STU beraksi di luar negara bersama dengan troopers negeri lain di bawah panji Ultras Malaya......Alhamdulillah semuanya selamat pergi dan pulang.......walaupun harimau malaya kalah....semangat korang semua memang x pernah kalah......

Tahniah di ucapkan pada semua......terus kan usaha :D





Saturday, July 9, 2011

Piala Presiden - Semi Final | JOHOR FC vs SSBJ

Separuh Akhir Pertama:
7 Julai 2011 - MP Muar 1 - 1 SSBJ
Padang Kompleks Sukan Pagoh
4.45pm

Separuh Akhir Kedua:
14 Julai 2011 - SSBJ vs MP Muar
Padang MSN Bkt Jalil
4.45pm

Tinggal 1 sahaja pasukan dari Johor meneruskan perjuangan di Piala Presiden iaitu MP Muar.
STU akan menghantar wakil untuk memberi sokongan pada perlawanan ini,insyaAllah. Yang berkesempatan dan punya masa,ayuh ke Padang MSN berikan sokongan bersama!

Sambutan Ulang Tahun Pertama STU

Sambutan bersama pemain JOHOR FA, pentadbiran dan Kelab Penyokong JOHOR FA

Malam gemilang yang juga disambut gemilang, pertamanya Ulang Tahun STU yang disambut pada malam perlawanan terakhir JOHOR FA menentang Pulau Pinang pada 1 Julai lepas dan juga gemilangnya malam itu kerana JOHOR FA berjaya menempatkan diri ke PIALA MALAYSIA sebagai 4 pasukan terbaik Liga Perdana 2011.

Tahniah buat pemain JOHOR FA dan selamat ulangtahun pertama STU.
Terima kasih buat semua troopers yang hadir. Inilah momentos pada malam itu.
One word, PRICELESS!!!!

Nampak lazat? Kek yang ditempah dari salah seorang Troopers STU, Mohd Aizad

1 lagi shot kek ulangtahun STU

Ketua pasukan Johor FA, Norizam Salaman aka Tomok (berbaju hijau) diberi penghormatan semasa upcara memotong kek bersama salah seorang orang kuat STU, Mohd Faizal. Kelihatan troopers STU iaitu Mohd Amirul aka Bob mengambil kesempatan dengan meletakkan tangan di bahu Tomok. lol!

Bob: Sudah-sudahla tangan ko tu! Lol

Turut hadir adalah orang kuat Kelab Penyokong Johor FA, Ghazali.

Ibarat baru sahaja sampai di Puncak Kilimanjaro. Begitulah perasaan kami selepas perlawanan terakhir Johor FA dengan layaknya ke PIALA MALAYSIA








Orang-orang kuat STU, Fazrien Ayien (kiri) bersama Mohd Aizad



Orang-orang kuat STU pose sambil menunggu makanan sampai,atau mungkin makanan dah selamat dalam perut. Good job guys!



Trip to Singapore for 1st Leg | Singapore vs MALAYSIA

Tiket ada atau tak? Kami tetap akan menyeberangi seberang tambak. Anda berani?

Ayah PIT(Apit) dan otai2 UM termasuk aku akan pergi sama tiket ada atau tak.
Mission utama,untuk sampai ke Jalan Besar Stadium.Untuk yang di KL,sapa berani lakukan bersama aku?
Untuk yang di JB, anda boleh hubungi Mohammad Ezawan Din aka MED untuk urusan konvoi bersama menggunakan kereta. Tiada trip bas akan diuruskan oleh STU untuk makluman, melainkan menerusi trip dikelolakan oleh KPSJFC( Kelab Penyokong Siber Johor FC).
Quoted dari Ayah Pit:
" Kali ini serius.ada nama saya terus booking bas."

Ingat, ini adalah trip tanpa tiket.
Sekali lagi,
Ingat, ini adalah trip tanpa tiket.

Siapa yang ingin bersama sila tinggalkan nama di FB Group STU. Yang belum berbuat demikian,berminat dan punya keberanian bolah beri nama di doc Trip to Singapork (tanpa tiket).

Wednesday, July 6, 2011

RESULT of MATCHDAY SL - 6 JULY 2011 HM A vs JOHOR FC



HM A 2 -2 JOHOR FC

Terima kasih kepada salah seorang troopers, Abdul Hafiz Ibrahim yang telah berkongsi keputusan perlawanan.
Terima kasih juga kepada 4 orang troopers yang hadir memberi sokongan "vocal" kepada pasukan JOHOR FC.

Sekian sudah Liga Super melabuhkan tirainya. Seterusnya, tumpuan terarah kepada Piala Malaysia di samping aktiviti bersama SOUTHERN TROOP ULTRAS di bawah panji ULTRAS MALAYA untuk pasukan bola sepak negara.

MATCHDAY SL - 6 JULY 2011 HM A vs JOHOR FC

Malam ini!
HM A vs JOHOR FC
Stadium Shah Alam
8.45pm

Perlawanan terakhir SUPER LEAGUE!
Jum la buat orang-orang Johor di sekitar Lembah Klang
untuk turun sama-sama beri sokongan kepada pasukan
siapa lagi kalau bukan anda rakyat JOHOR untuk beri sokongan kepada pasukan JOHOR FC ini
takkan nak harapkan rakyat negeri lain pulak?